Menteri Berlagak Hero....


Saya beri jawapan kenapa Menteri PH seorang ini tak berani bersuara walaupun dia pernah beri jaminan bahawa harga simen tidak akan naik cuma 7 bulan dahulu.

Masa itu, Wee Ka Siong dan saya tekan kerajaan PH kenapa harga simen naik sehingga 50% secara tiba-tiba.

Menteri pun tak lepaskan peluang untuk berlagak hero dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia JAMIN harga simen tidak akan naik pada 19 Jun 2019.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/19/menteri-jamin-tiada-kenaikan-harga-simen/

Bagaimanapun, tangguhan kenaikan harga ini cuma untuk 3 bulan sahaja kerana selepas itu, harga simen naik dua kali dalam masa 4 bulan untuk menjadikan jumlah kenaikan sebanyak 44%.

Kenapa harga simen boleh naik dengan begitu cepat dan Menteri tak berani bersuara walaupun jelas telah mungkir janji (itu perkara biasa untuk PH lah)?

Kerana kumpulan YTL membeli syarikat Lafarge Cement pada tahun lepas.

Selepas pembelian ini digabung kuasa dengan syarikat YTL Cement, kumpulan tersebut kini menguasai 60% daripada pasaran simen Malaysia.

31 Jan 2020:
https://www.ram.com.my/pressrelease/?prviewid=5275

Dengan kuasa pasaran begitu besar itu, harga simen pun naik "lebih laju dari dijangka".

January 28, 2020
"In a note today, the research house said selling prices have increased faster than expected post the consolidation in the sector and are expected to hold up, which is positive for the industry."
https://www.edgeprop.my/content/1637430/affin-hwang-capital-expects-malayan-cements-core-net-loss-shrink-fy20e

Ada RAYkat yang percaya bahawa Menteri KPDNHEP tidak sedar kenaikan ini sudah berlaku, tak?

Sebab itu, Menteri PH telan begitu sahaja dan memilih untuk membisu walaupun dia jelas telah kencingkan Rakyat sekali lagi dengan janji tak boleh pakai dia.

Dengan ini, kos sara hidup rakyat sekali lagi naik mendadak akibat kenaikan begitu tinggi dalam masa yang singkat untuk bahan pembinaan asas ini.

PH Menang, Rakyat Senang. Kan?

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments