Tiada Syarat Ditetapkan.. Mungkin Kerajaan Perpaduan Terbentuk

Tiada syarat ditetapkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika perjumpaan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Malah kata Ketua Menteri Sarawak itu, sokongan GPS agar beliau kekal mentadbir negara juga dibuat sebulat suara bersama rakan komponen gabungan berkenaan adalah demi kepentingan Malaysia.

Bagaimanapun jelasnya, sebarang syarat mungkin akan ditetapkan selepas pembentukan kerajaan baharu mahupun pembubaran parlimen.

Tidak ada, saya kata kita akan sokong, syarat itu kemudian, secara prinsip sahaja... Kerana saya kata kepada beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) saya tidak mahu negara kita huru hara
sebagai pemimpin kita mesti melihat keadaan, tolak ketepi perbezaan politik dan beri tumpuan kepada rakyat... Apa yang lebih kehendak negara dan itu yang saya katakan kepada Tun Mahathir.
Dalam konteks Bumi Kenyalang, 'Utamakan Sarawak' terus menjadi keutamaan kerana kestabilan politik menyumbang kepada aspirasi rakyat 

Abang Johari menambah, sokongan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir tidak bermaksud GPS berada bersama gabungan baru yang turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Tun Mahathir.

Ditanya tentang kenyataan Tun M mengenai pembentukan kerajaan baharu tanpa mengira parti politik, Abang Johari enggan mengulas perkara itu.

AstroAwani

Post a Comment

0 Comments