Apa Nasib Penyewa PPR DBKL ? Harap Annuar Ada Solusi Terbaik




Saya ambil maklum pengumuman Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan mengenakan sewa sebulan kepada perniagaan yang menyewa premis DBKL, serta bantuan kepada 500 pekerja harian DBKL.

Namun saya berpandangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL tidak patut berhenti di situ. Lebih ramai warga kota terutama golongan miskin bandar boleh diberi pertolongan, contohnya dengan meluaskan bantuan ini kepada penyewa unit PPR dan Perumahan Awam (PA) DBKL.

BANkami : Kami setuju dengan cadangan ini, tetapi ia perlu dibuat secara terperinci berikutan bukan semua penyewa disitu berpendapatan rendah dan mungkin ada dari golongan M40 tetapi terpaksa tinggal di PPR untuk mengawal kos perbelanjaan. Pendapat kami, perlu diperincikan setiap mereka yang tinggal disitu. Jika mereka peserta eKasih, boleh proceed untuk salurkan bantuan.

Saya difahamkan dari 42,000 akaun penyewa rumah PPR & PA DBKL, dianggarkan sekitar 50% penyewa ini mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,000 sebulan. Saya percaya sekitar 20,000 keluarga ini sudah pasti menghadapi masalah pekerjaan dan pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dan pasti ramai di kalangan mereka - yang meniaga tepi jalan, yang melakukan pelbagai kerja kecil (odd jobs), yang mengasuh anak orang, dan lain-lain lagi - terkesan dari segi kewangan.

Oleh itu, DBKL wajar dan mampu memberi sewa percuma sebulan terutama kepada keluarga-keluarga di PPR & PA yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Dianggarkan bantuan ini akan menelan belanja RM2.5 juta, atau 0.08% bajet tahunan DBKL bagi 2020.

Saya pohon bantuan tambahan ini disegerakan, demi kebajikan golongan miskin bandar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 Mac 2020

Post a Comment

0 Comments