Bagaimana nak dapat bantuan kerajaan PN RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji seperti diumumkan awal minggu ini?
Jawapannya ialah bantuan ini dikendalikan oleh PERKESO dan akan disalurkan kepada majikan yang kemudiannya diperlukan untuk membayar terus kepada pekerja terbabit.
Selain itu, PERKESO juga mengendalikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan pada tahun 2017.
Pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah SIP akan menerima faedah iaitu Elaun Mencari Pekerjaan yang bermula pada 80 peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun (50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus dan 30 peratus)
Elaun Bekerja Semula Awal iaitu 25 peratus bagi baki Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Pendapatan Berkurangan, Elaun Latihan (kadar Rm30 sehari), Fi Latihan (terhad kepada RM6,000) serta Penempatan Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya.
0 Comments