Tabligh Buat Lagi Perhimpunan Skala Besar - Kami Sendiri Sukar Memahami Cara Mereka Berfikir

Ribuan tabligh di seluruh Asia berhimpun di Indonesia hari ini tanpa menghiraukan kebimbangan pertemuan itu berisiko menyebarkan koronavirus (Covid-19) kira-kira dua minggu selepas acara sama diadakan di Malaysia dan menyebabkan lebih 500 jangkitan.

Pegawai wilayah mengesahkan Ijtima Dunia 2020 anjuran Tablighi Jama'at tersebut sudah bermula walaupun ketua polis mendakwa mereka sudah membuat usaha terakhir untuk memujuk penganjur membatalkan perhimpunan itu.

"Kami lebih takutkan ALLAH. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian," kata salah seorang penganjur, Mustari Bahranuddin ketika disoal tentang risiko peserta menyebarkan virus itu di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Sementara itu, pegawai wilayah, Arifuddin Saeni memaklumkan penganjur menolak permintaan rasmi pihak berkuasa supaya menangguhkan acara tersebut.

Beliau menganggarkan terdapat kira-kira 8,695 menyertai perhimpunan tersebut di Gowa berhampiran bandar Makassar.

"Jumlah mereka dijangka bertambah. Mereka datang dari 48 negara termasuk Thailand, negara Arab, India dan Filipina," jelasnya lagi.

Difahamkan, kira-kira 16,000 pengikut menyertai perhimpunan tabligh itu ketika ia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu di Malaysia

Post a Comment

0 Comments