Permintaan Lim Guan Eng yang meminta pencerahan berhubung pergerakan 300,000 pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura dan mempertikai penutupan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan menimbulkan pertanyaan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi bertanya, adakah Setiausaha Agung DAP itu benar-benar keliru atau sengaja mencari isu.
Katanya, perkara yang menjadi kemusykilan Guan Eng itu menunjukkan beliau tidak membawa FAQ Majlis Keselamatan Negara.
Puad berkata, mengapa untung rugi peniaga jadi keutamaan Guan Eng dan Singapura pula sudah menyatakan majikan di negara itu akan menyediakan tempat tinggal sementara untuk pekerja negara ini.
”Mujur Guan Eng bukan lagi Menteri Kewangan. Dia confuse pasal perintah kawalan pergerakan khususnya untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
”Confuse original atau sengaja mencari isu? Untung rugi peniaga menjadi keutamaan beliau,” katanya di Facebook.
Semalam, menerusi hantaran di Facebook, Guan Eng berkata: ”Perlu pencerahan tentang perintah kawalan pergerakan untuk 300,000 pekerja Malaysia yang ulang-alik setiap hari kerja ke Singapura? Perlukah semua perniagaan swasta ditutup? Macam mana pendapatan peniaga dan gaji pekerja adakah ditanggung oleh kerajaan? Keliru!
Dalam hantaran sama, Puad turut menegur kekeliruan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara apabila membuat u-turn berhubung kebenaran untuk sebarang perjalanan antara negeri.
Keadaan itu berlaku apabila pada awalnya peraturan mewajibkan orang ramai mendapat kebenaran polis untuk tujuan itu hingga menyebabkan kebanyakan balai polis diserbu.
”Semalam buat peraturan di mana wajib dapat kebenaran polis untuk sebarang perjalanan antara negeri.
”Rakyat yang confuse jadi panik. Balai polis diserbu. Akhirnya KPN pula yang panik dan terus buat u-turn,” ujarnya.
Sedangkan para pelajar institut pengajian tinggi khususnya dari Sabah dan Sarawak turut panik hingga terpaksa membeli tiket penerbangan dengan harga yang mahal.
Sebab itu, kata Puad, sepatutnya Majlis Keselamatan Negara sahaja yang sepatutnya menjadi rujukan utama kepada semua arahan dan kekeliruan mengenai perintah kawalan pergerakan. X
0 Comments