Selain polis, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin terpaksa digunakan untuk menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu melihat angka itu dinaikkan dalam masa terdekat ini.
“Sebelum tentera digunakan, saya percaya mungkin tidak perlu, (kecuali) tak ada pilihan.
“Pematuhan masih kekal 60 - 70 peratus, saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook
Malaysiakini
0 Comments