Malaysia bakal berdepan dengan cabaran ekonomi global yang semakin meruncing kerana covid-19 dan ditambah dengan situasi politik seperti tidak berkesudahan. PH dilihat semakin rancak mendendangkan alunan "Kerajaan Pintu Belakang"dan dilihat mereka sudah lupa ketika mereka menjadi menteri, mereka mempertikaikan pembangkang yang sibuk berpolitik tetapi tidak memberi imput idea menjana ekonomi negara. Itulah hakikat ahli politik pada hari ini, ditambah dengan perpecahan parti politik yang semakin teruk. Muhyiddin bakal berdepan situasi yang getir antara penstabilan ekonomi dan kewangan malaysia serta berdepan tekanan politik yang terumbang-ambing.
Apapun, kita tunggu siapakah menteri kabinet yang bakal dilantik dan melihat komen netizen yang mungkin membantu memberi penekanan lebih stress kepada menteri baru.
Posting Asal : KluangDiamond
0 Comments