Bagaimanapun kerajaan semakin bermasalah kerana hasil akan berkurangan ditambah ketidakstabilan politik tempatan.
Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.5 peratus berbanding sebelum ini 2.75 peratus perlu untuk mengalakkan rakyat berbelanja secara jangka sederhana
Langkah itu juga menggalakkan rakyat membuat pinjaman dari institusi kewangan bagi perkembangan perniagaan dan perbelanjaan lain. Perkara itu penting untuk mendorong perkembangan ekonomi dan mengawal inflasi.
Meskipun pelbagai langkah dibuat tetapi keadaan yang terpaksa dilalui negara sekarang ia masih dianggap sangat mencabar.
Pakej rangsangan adalah baik untuk memberi sedikit ketahanan dalam masa sukar Covid-19 tetapi persoalan utamanya bagaimana agihan dan secepat mana pakej itu boleh sampai ke bawah seterusnya memberi impak kepada ekonomi Malaysia, ia tidak jelas khususnya Kabinet masih belum wujud lagi.
Sektor paling terjejas bermula dengan pelancongan, kemudian sektor penerbangan, perhotelan, pasar raya, restoran, taman tema dan banyak lagi akan menerima kesannya
Sektor paling meningkat tentulah pembuatan topeng muka, sarung tangan dan pengeluar bahan pembersihan sabun dan servis-servis berkaitan. Peningkatan di sektor pembuatan terbabit tersebut lebih kecil kesan limpahan positifnya berbanding kejatuhan di sektor yang lain, justeru ia tidak mampu diimbangkan dengan lestari.
Menurut jangkaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sektor penerbangan dijangka akan mengalami kerugian lebih 113 bilion dolar USD apabila Covid-19 merebak ke seluruh dunia dan mengganggu laluan penerbangan.
Dijangka akan berlaku banyak kebankrapan dalam beberapa bulan lagi jika keadaan ini berterusan
SinarHarian
0 Comments