Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra di sini, hari ini. Mesyuarat yang bermula 9.25 pagi itu dihadiri semua 31 menteri yang baru dilantik.
Sebelum mesyuarat Kabinet bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar dengan Jemaah Menteri.
Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Farizah Ahmad.
FMT
0 Comments