Antara langkah-langkah diambil negara lain untuk melawan Covid:
Amerika Syarikat
- semua penerbangan dari Eropah disekat untuk tempoh 30 hari.
Kuwait
- mengarahkan penutupan sementara semua masjid.
- warga Kuwait disuruh solat di rumah.
- lafaz azan ditukar menjadi "shollu fi rihaalikum"
Singapura
- solat jumaat dihentikan
- semua masjid diarahkan tutup untuk menjalankan proses pembasmian kuman
Indonesia
- semua sekolah di Jakarta diarahkan untuk tutup 2 minggu.
- semua masjid diarahkan tutup untuk menjalankan proses pembasmian kuman
Arab Saudi
kuat kuasa larangan umrah, ziarah Masjid Nabawi
- larangkan semua penerbangan antarabangsa untuk tempoh 2 minggu
- semua masjid diarahkan untuk melaksanakan penyahkuman
Iran
- solat Jumaat dihentikan.
- bandar-bandar seluruh negara dikenakan sekatan keluar masuk
Filipina
- semua sekolah ditutup dua minggu
- bandar Manila dikenakan sekatan keluar masuk.
- semua penduduk Manila juga disekat untuk keluar rumah pada waktu malam.
Kemboja
- semua sekolah di bandar Phnom Penh, dan Siem Reap ditutup untuk tempoh 2 minggu.
Melihat kluster wabak yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling semakin serius, saya harap kerajaan PN baru akan mempertimbangkan untuk:
1. mengarahkan semua masjid dalam negara untuk menjalankan proses nyahkuman secara mandatori.
2. Sekurang-kurangnya membenarkan Rakyat memilih untuk mengantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah seperti dilaksanakan di negeri Perlis semalam dan di negara Turki serta negara-negara Islam lain untuk menyekat Covid.
Najib Razak
0 Comments