2000 Kematian Dalam Masa Sehari

Jika tiada vaksin penawar dalam masa terdekat, tidak mustahil amerika bakal lumpuh daripada pelbagai sektor ekonomi. Dan sekiranya rakyat mereka masih menganggap covid19 adalah satu fenomena iluminati, mungkin mereka bakal menjadi negara pertama mencecah sejuta jangkitan covid19. 

Apapun, kita harap dalam masa terdekat akan ada penawar covid19 dan tiada lagi virus ganas dalam tempoh selepaa covid19. 

FMT: Amerika Syarikat menjadi negara pertama mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh sehari, dengan 2,108 kematian dalam 24 jam lalu, menurut statistik Universiti Johns Hopkins.

Negara itu kini merekodkan 18,586 kematian dan angka berkenaan menghampiri 18,849 kematian di Itali yang mencatatkan jumlah korban paling banyak di dunia akibat pandemik itu.

Kes positif Covid-19 di AS juga menghampiri setengah juga, dengan 496,535 kes setakat 8.30 malam (waktu tempatan), peningkatan sebanyak 35,098 kes dalam tempoh 24 jam lalu

Post a Comment

0 Comments