Masalah Betul Lid Ni, Berita Tahun 2013 Pun Share Lagi..


Kenapalah dia cam ni?

Berita yang dia kongsikan itu ialah dari tahun 2013.

Bot pelarian Myanmar yang disebut dalam berita itu adalah pelarian Rohingya dari Myanmar yang cuba menuju ke Malaysia.

Namun mereka tak sempat mendekati Malaysia kerana telah dihalang dan dihalau oleh tentera Thailand.

Kemudiannya bot itu diselamatkan di wilayah perairan Sri Lanka oleh tentera negara itu.

Situasi tahun 2013 itu jauh berbeza dengan sekarang.

Dulu mereka lari dari Myanmar kerana mereka tiada pilihan apabila nyawa mereka terancam akibat pertempuran bersenjata.

Jauh berbeza dengan situasi sekarang di mana bot pelarian berasal dari kem UNHCR di Bangladesh.

Pertempuran bersenjata antara Myanmar dengan Rohingya tidak lagi berlaku sejak tahun 2017.

Kini, mereka nak lari dari kem UNHCR di Bangladesh ke Malaysia

Sebab itu, saya berkali-kali tegur bahawa Malaysia tidak patut menghantar isyarat bahawa negara kita akan ambil sebarang bot pelarian supaya pelarian Rohingya dari kem UNHCR tidak digalakkan memulakan perjalanan yang berbahaya ini.

Ianya jauh lebih selamat dan berperikemanusiaan untuk mereka tetap dijaga dalam kem UNHCR di Cox Bazar, Bangladesh berbanding mereka memulakan perjalanan laut di mana ramai akan terkorban sebelum sempat mendekati Malaysia.

Jika kerajaan ikut saranan Lid dan memberi isyarat bahawa kita akan ambil semua bot pelarian dari Bangladesh dan akibatnya ramai terkorban sebelum mendekati perairan Malaysia, bagaimana Lid nak jawab depan Allah kelak?

Lid faham ke tidak situasi sebenar? 

Pemikiran jangan sempit, boleh?

Ini berita 26 Feb 2013 yang dikongsi Lid:
https://news.detik.com/internasional/d-2179719/25-hari-terombang-ambing-di-laut-97-pengungsi-rohingya-mati-kelaparan

Post a Comment

0 Comments