Paling Susah Nak Imagine Yang Umur 2 3 Tahun. Kesiannya..

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan sehingga kini, seramai 315 pesakit Covid-19 melibatkan kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kategori umur 4 tahun ke bawah dan 5 hingga 12 tahun masing-masing melibatkan 83 dan 166 pesakit.

Manakala, bagi umur 13 dan 14 tahun melibatkan 149 pesakit.

Ketika ditanya sama ada ibu bapa kanak-kanak tertbabit dibenarkan untuk menjaga anak-anak mereka di wad Covid-19, Noor Hisham berkata, ia bergantung pada situasi.

Jelasnya, sekiranya ibu bapa tidak mempunyai jangkitan Covid-19, mereka dibenarkan untuk menjaga anak masing-masing, tetapi perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE) ketika berada di dalam wad.

Namun, jika ibu bapa mempunyai jangkitan wabak tersebut, mereka perlu diletakkan di tempat yang berasingan ketika menerima rawatan.

Noor Hisham juga berkata, beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak menunjukkan kes baru jangkitan Covid-19 dalam beberapa hari lalu.

Bagaimanapun katanya, mereka yang berada di negeri itu perlu menunggu tempoh inkubasi selama 14 hari sebelum negeri berkenaan berkenaan dianggap sebagai zon hijau.

“Penting untuk melindungi kawasan hijau ini, tidak kira bandar, daerah atau mukim,” katanya

FMT

Post a Comment

0 Comments