Sumpah Dia Apa Cerrr Sekarang?


Dia ni banyak bersuara sejak dua menjak ini.

Sebab itu, saya ambil kesempatan untuk tanya sekali lagi tentang sumpah Demi Allah dia kerana sumpah seperti ini adalah amat berat.

Dah 4 kali saya tanya sejak PRU14 tapi dia membisu.

Harap dia jawab kali ini.
----
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya. 

"Saya bersaksi dengan Allah 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan" sumpah dia masa itu.

Itu tuduhan bekas menteri sebulan sebelum PRU14 terhadap saya pada bulan April 2018.

Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH.

Hasil dari itu, ramai undi tentera telah ditipu.

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik pun sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun.

Akan tetapi, dari sebelum PRU14, PH menang jadi kerajaan sampai kerajaan PH tumbang pun tak pernah dia keluarkan sebarang bukti bahawa setiap inci tanah tentera telah diswastakan oleh saya.

9 April 2018: “Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya pada masa itu:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/09/demi-allah-setiap-inci-tanah-tentera-diswastakan-kata-rafidah/

Setelah Rafidah mengeluarkan kenyataan itu, geng Patriot pun ikut masuk

April 11, 2018: Pertukaran tanah tentera: Penswastaan atau perompakan, soal Patriot
https://malaysiadateline.com/pertukaran-tanah-tentera-penswastaan-atau-perompakan-soal-patriot/

Kementerian Pertahanan di bawah keajaan PH juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

Hasil siasatan mereka turut diumumkan oleh Mat Sabu pada bulan Mei lalu.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/09/mat-sabu-dedah-13-daripada-16-projek-land-swap-libatkan-bekas-pm-menteri-pertahanan/

Laporan itu tak sebut pun bahawa setiap inci tanah tentera telah dijualkan oleh Najib kepada syarikat swasta milik 3 individu.

Lagi menakjubkan laiah laporan ini menunjukkan projek-projek tanah tentera yang disyaki paling bermasalah dan paling besar nilai kerugian telah dibuat di zaman PM ke-4.

Bukan itu sahaja. 

Bekas menteri pertahanan, menteri kewangan dan penasihat ekonomi untuk projek-projek paling bermasalah yang bertanggunjawab masa itu juga semua sudah masuk PH.

Apa telah jadi dengan tuduhan "Demi Allah" amat berat ini terhadap saya?

Dan apa komen geng Patriot?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments