Mahkamah Tolak Pelucutan & Sekarang Anwar Mahu RCI Forex Diteruskan Semula


Mula-mula, PM7 kalah dalam mahkamah untuk lucutkan hakim RCI skandal Forex BNM. (Jika hakim lucut, laporan RCI yang sudah siap turut batal)

Selepas itu, PM7 kalah dua kali dalam mahkamah untuk batalkan laporan RCI skandal Forex BNM. (Laporan RCI yang merupakan hasil dari siasatan panel RCI selama berbulan mana boleh dibatalkan begitu sahaja?)

Oleh kerana PM7 gagal 3 kali dalam mahkamah, kerajaan PH dahulu pun gunakan jalan mudah dengan menarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan mengklasifikasikan kes itu sebagai "Tiada tindakan lanjut" (NFA- No further action).

(Masa itu, seluruh barisan pemimpin PH termasuk Anwar dan Kit Siang membisu walaupun syor RCI diketepikan dan laporan polis ditarik balik oleh PH. Ye lah tu.. PH telus, bersih dan amalkan "Rule of Law" kononnya.)

Last-last sekali selepas kerajaan PH tumbang, Anwar bersetuju bahawa siasatan atas kes skandal Forex RM33 bilion ini diteruskan pada masa dia dan PM7 sedang berebut menjadi calon PM

Post a Comment

0 Comments