Tabiat Dia... Marah Jer Letak Jawatan

Rupanya ianya salah Guan Eng dan Mat Sabu kenapa anak dia diangkat jadi calon Timbalan Perdana Menteri.

PM7 pun tak mahu anak dia diangkat, buat apa korang berdua paksa dia?

Jahat betul si Guan Eng dan Mat Sabu!

Cuba tanya PM7 kenapa dia marah pada saya sehingga letak jawatan penasihat PETRONAS pada 2 Disember 2013, iaitu semasa perhimpunan Agong UMNO 2013, selepas anak dia kalah pemilihan Naib Presiden UMNO dengan alasan dia sakit dan terlalu tua.

Dan kenapa setelah dia letak jawatan penasihat Petronas dengan alasan dia sakit dan terlalu tua, dia pula mengambil jawatan Pengerusi Eksekutif Proton dan Lotus lima bulan kemudian?

(Memang tabiat dia untuk letak jawatan apabila dia terlalu marah) - Najib Razak

MUKHRIZ SEBAGAI DPM - Chedet
  1. Saya sedar saya akan dikritik apabila menama anak saya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
  2. Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad bin Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut.
  3. Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya.
  4. Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka.
  5. Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya.
  6. Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia.

Post a Comment

0 Comments