Aset Semasa Pak Kadir Jadi Proksi/Kroni Entah Pergi Kemana?

Pak Kadir ada masa untuk makan lunch bersama minggu depan?

Saya ada hal nak bincang dengan Pak Kadir.

Saya pernah mendedahkan bahawa Pak Kadir pernah disenaraikan sebagai pemilik saham terbesar syarikat MRCB dari tahun 1993 hingga tahun 2000 selepas dia mengambil alih jawatan ahli lembaga pengarah dari Mirzan Mahathir.

Ramai yang mungkin tidak tahu, Pak Kadir merupakan antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990an.

Dia pernah menjawat sebagai pengarah dan penah menjadi pemegang saham terbesar syarikat MRCB.

Masa itu, MRCB memilik:
- berpuluh-puluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan
- 23% RHB Bank
- Lebuhraya bertol Ipoh-Lumut
- 30% Port Dickson Power (IPP)
- 25% Malakoff Berhad (IPP)
- 44% syarikat media NSTP
- 50% TV3.


Cuba tanya Pak Kadir siapa yang beri wang kepada dia untuk beli, selepas dia menjual, wang jualan itu sudah pergi ke siapa dan berapa banyak wang yang dikaut semas dia menjadi pemegang saham terbesar MRCB.

Tanya dia jika dia kroni atau dia proxy atau dia benar-benar bilionaire masa itu.

Lalu tanya dia jika dia kleptokrat ke bukan.

Tapi jika kamu tanya PM7 tentang ini pulak, dia hampir past akan jawab bahawa Pak Kadir antara orang Melayu yang tak malas.

Selepas ini, korang perlu hormat sikit pada Pak Kadir. Jangan panggil dia Pak Kadir lagi. Panggil dia Towkay MRCB.

Masa dia towkay, MRCB memiliki aset-aset berikut:

- berpuluh-puluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan
- 20% CIMB Bank
- 23% RHB Bank
- Lebuhraya bertol Ipoh-Lumut
- 30% Port Dickson Power (IPP)
- 25% Malakoff Berhad (IPP)
- 44% syarikat media NSTP
- 50% TV3.
- projek KL Sentral
- syarikat telco Emartel (013)

Sehari selepas saya dedahkan dia towkay, dia membalas dengan posting di mana dia mengesahkan dia pernah jadi towkay MRCB.

Namun, dia kata dia cuma proksi UMNO walaupun mahkamah pernah diberitahu bahawa wujudnya satu perjanjian "trust" sulit yang disediakan oleh syarikat guaman Amin & Co yang mengatakan pemilik sebenar saham-saham MRCB itu adalah di bawah nama peribadi PM4:

 
Semalam, Pak Kadir akhirnya mengaku bahawa dia pernah menjadi proksi untuk menjadi antara pemegang saham utama syarikat MRCB dari tahun 1993 hingga ke tahun 2000.

Dia juga mengaku bahawa semasa dia menjadi proksi, MRCB mendapat pelbagai projek-projek kerajaan dan memiliki aset-aset yang begitu besar termasuk:
- berpuluh-puluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan
- 23% RHB Bank
- Lebuhraya bertol Ipoh-Lumut
- 30% Port Dickson Power (IPP)
- 25% Malakoff Berhad (IPP)
- 44% syarikat media NSTP
- 50% TV3.
- projek KL Sentral
- syarikat telco Emartel (013)

Posting Pak Kadir semalam:
https://www.facebook.com/akadir.jasin.5/posts/10221849192155014

Anwar pun pernah menamakan Pak Kadir sebagai antara proksi utama.

Bagaimanapun, Pak Kadir kata dia cuma proksi untuk UMNO.

Tetapi apa yang tidak dijelaskan oleh Pak Kadir ialah terdapatnya satu trust agreement rahsia yang pernah dibuat oleh syarikat guaman Amin & Co yang menamakan pemegang saham sebenar bagi 70% kepentingan Realmild yang merupakan pemegang saham utama syarikat MRCB adalah di bawah nama peribadi PM4.

Perkara di atas pernah didedahkan dalam mahkamah pada tahun 2010 namun trust agreement itu tidak dapat diserah kepada mahkamah sebab hanya PM4 dan syarikat guaman memiliki salinan perjanjian itu.
https://www.malaysiakini.com/news/146806

Anwar juga pernah mengesahkan perkara berikut dalam akuan bersumpah dia.

Memang Anwar tahu kerana dia adalah Menteri Kewangan masa itu dan dia pernah membantu MRCB mendapat projek-projek tersebut masa itu.

Akibatnya harga saham MRCB melonjak naik dari RM1.80 untuk mencecah RM12.00

Namun, semalam Pak Kadir kata saya tak tahu semua ini kerana saya langsun tak terlibat kerana saya " bukan orang utama dalam hierarki Umno" masa itu.

Dari jalan cerita ditulis Pak Kadir semalam juga, UMNO hanya memiliki kepentingan saham TV3 dan NSTP semasa saya menjadi presiden parti kerana lain-lain aset amat bernilai sudah habis dijual dan dipindah milik sebelum itu.

Ke mana hasil jualan dan kepada siapa aset-aset lain itu sudah dipindah milik, siapa tahu?

Pak Kadir juga mengaku bahawa pada tahun 2000, dia tidak pindah milik saham MRCB yang dia miliki kepada UMNO tetapi kepada orang lain walaupun kes mahkamah tahun 2010 itu juga menyebut bahawa Pak Kadir antara mereka yang menerima bayaran semasa dia menjual saham Realmild.

Tapi saya pelik!

Pak Kadir sanggup menjadi Proksi dan kroni selama 7 tahun secara FREE! tanpa mendapat apa-apa ganjaran ke?

Dia tak dapat saham ESOS atau terlibat dalam mana-mana projek MRCB atau projek sub-kontraktor MRCB ke?

Dia baut semua kerja ini secara PERCUMA atas baik hati dia sahaja ke?

P.S. Oleh sebab Pak Kadir tak mengaku Towkay MRCB dan hanya mengaku dia proksi sahaja maka kita tak boleh gelar dia sebagai Towkay MRCB lagi.

Kita cuma boleh gelar dia sebagai Proksi MRCB atau Proksi PM4/7.

NOTA TAMBAHAN: Kerja-kerja kroni-kroni dan proksi-proksi yang melibatkan kontrak-kontrak kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion diberi kepada syarikat milik swasta hanya berlaku pada zaman PM4/7 dan bakal PM5 masa itu. 

Sepanjang masa saya, perkara-perkara seperti ini tak berlaku kerana kroni saya adalah Rakyat dan kebanyakan projek-projek kerajaan diberi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan atau milik tabung-tabung amanah Rakyat seperti KWSP, ASB. KWAP, Tabung Haji supaya dividen setiap tahun tinggi masa saya PM.

Sebab itu, ramai proksi-proksi dan kroni-kroni #rinduzamantun sangat marah pada saya sepanjang masa saya jadi PM.

(Mungkin Pak Kadir kerja FREE untuk jadi proksi/kroni bagi aset-aset bernilai berbilion-bilion Ringgit sepanjang tempoh 7 tahun itu kot)

Dia juga kata bahawa tiba masa saya jadi PM, hanya saham NST dan TV3 diserahkan kembali kepada UMNO.

Lain-lain aset semasa Pak Kadir jadi proksi/kroni sudah entah pergi ke mana.

Kenapa wujudnya berpuluh-puluh aset kononnya bawah UMNO masa dia jadi proksi/kroni tetapi sampai ke tangan UMNO masa saya jadi presiden parti tinggal dua sahaja?

Lalu Pak Kadir padam posting pengakuan dia satu jam selepas saya membalas.

Sendiri mengaku proxy/kroni MRCB/PM4/PM7 semalam.

Sendiri padam posting dia mengaku proxy/kroni MRCB/PM4/PM7 hari ini selepas saya balas dan jelaskan.

Orang yang kamu jadi proxy/kroni  kepada suruh padam ke?

Dia marah kamu sebab kamu gi mengaku ke?

Posting saya membalas Pak Kadir pagi ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157183319445952

Mohon tanya Pak Kadir kenapa dia padam posting: https://www.facebook.com/akadir.jasin.5

Note: Terima kasih kepada kawan-kawan FB sebab tolong sahkan posting dia dah padam.

Lepas itu dia sorok dan berselindung di belakang drone-drone CIA hampir seminggu sebelum muncul kembali semalam.

Saya percaya Pak Kadir bukan seorang kleptokrat dan aset itu bukan lesap. Cuma lewat 20 tahun untuk diserah kembali kepada UMNO.

Sebab itu, saya nak belanja Pak Kadir makan lunch ikan bakar dan ikan patin masak tempoyak minggu depan.

Saya dah bincang dengan kawan-kawan saya di UMNO dan mereka bersetuju saya bertanya dan mendapat kerjasama Pak Kadir untuk mengesan dan mengambil semula aset-aset MRCB yang sudah lesap itu dan tidak diserah kembali kepada UMNO.

Selepas kita berjaya mengesan dan mengambil semula aset-aset lesap yang Pak Kadir sendiri tuduh adalah milik parti, kita akan jualnya.

Selepas tolak kos untuk UMNO, kita cadang untuk menderma hasil jualan aset-aset lesap yang sudah tentu bernilai berbilion-bilion Ringgit itu kepada Tabung Covid untuk membantu Rakyat pada zaman krisis yang susah ini.

So what day are you free for lunch next week, Pak Kadir?

Post a Comment

0 Comments