Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali dikritik kerana didakwa cuba membelakangkan Umno dan PAS di Selangor dengan tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu.
Kritikan itu disuarakan oleh Yang di-Pertua PAS dan Ketua Umno Gombak, yang mana Azmin adalah anggota parlimennya.
Yang di-Pertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir berkata tindakan Azmin itu seolah-olah terdapat usaha untuk mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.
Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin pula berkata tindakan Azmin sebagai pelik dan menyifatkannya sebagai keliru sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) atau masih dengan PH.
Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, dia seorang saja buat benda pelik.
Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin, wakil PN tak panggil… yang dipanggil adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Kritikan sama disuarakan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil pada 12 Julai lalu, yang mempersoal tindakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu yang tidak menjemput wakil Umno dan PAS ke mesyuarat penyelarasan pembangunan Selangor dan Gombak yang dipengerusikannya.
Ia turut dibangkitkan oleh Pengerusi Umno Selangor Noh Omar yang mempersoalkan pendirian politik Azmin.
Majlis tindakan pembangunan negeri adalah agensi pelaksana pembangunan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Senada dengan Megat Zulkarnain, Salehuddin berkata PAS Gombak juga tidak ingin bekerjasama dengan Azmin dan telah memaklumkannya kepada setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham.
1 Comments
Buutthurt?.. Tengok larr nanti sapa yg butthurrt masa GE15
ReplyDelete