Sikap Lewa Kerajaan PN, Jangan Kita Menyesal Lepas Ni..

Kerajaan memaklumkan 707 warga Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dari 11 buah negara melalui KLIA dan KLIA2.

Dari 707 orang itu, 706 warga diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah manakala seorang lagi dihantar ke hospital.

11 buah negara tersebut termasuk:
- Indonesia (jumlah kes Covid 83,130. Kes baru semalam 1,462)
- Qatar (jumlah kes Covid 105,898. Kes baru semalam: 421)
- UAE (jumlah kes Covid 56,422. Kes baru semalam: 293)
- Filipina (jumlah kes Covid 62,947. Kes baru semalam: 1,787)
- Hong Kong (jumlah kes Covid 1,714. Kes baru semalam: 58)
- Pakistan (jumlah kes Covid 259,999. Kes baru semalam: 2,085)
- Arab Saudi (jumlah kes Covid 245,851,  Kes baru semalam: 2,613)
- Jepun (jumlah kes Covid 23,473, Kes baru semalam: 583)

"Of the total, 706 were ordered to undergo mandatory home quarantine at their respective homes, while another one was sent to the hospital," he said in a statement."

"18 July 2020: 707 Malaysians returned home on Friday"
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/07/609628/707-malaysians-returned-home-friday

Baca senarai negara-negara itu dah risau.

Saya masih amat tidak senang dengan langkah kerajaan terus membenarkan mereka yang pulang dari luar negara untuk kuarantin di rumah serta mengenakan denda kompaun cuma RM1,000 kepada mereka yang ingkar kuarantin.

Sedangkan seluruh dunia semakin memperketatkan proses kuarantin mereka:

Hari ini, Singapura tidak lagi membenarkan mereka yang tiba dari Hong Kong dan Australia untuk kuarantin di rumah. Perlu dikuarantin di pusat kuarantin rasmi kerajaan:

"18 July 2020: Singapore tightens Covid-19 quarantine rules for visitors from Hong Kong, Australia and Japan"
https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3093706/singapore-tightens-covid-19-quarantine-rules-visitors-hong

Thailand mengumumkan bahawa semua pelawat termasuk staff diplomatik tidak lagi dibenarkan untuk kuarantin di rumah:

"14 July 2020: COVID-19: Imported cases prompt Thailand to tighten entry rules"
https://www.bernama.com/en/general/news_covid-19.php?id=1860530

Australia umum mereka yang ingkar kuarantin akan dipenjarakan selama 6 bulan dan tidak lagi akan didenda:

14 July 2020: Quarantine loopholes bring fresh efforts to fight outbreaks
https://medicalxpress.com/news/2020-07-quarantine-loopholes-fresh-efforts-outbreaks.html

Rakyat Malaysia telah berkorban untuk menjalani tempoh PKP 2 bulan yang amat susah.

Pengorbanan front-liners kita cukup besar semasa mereka mengambil risiko berdepan dan melawan Covid.

Jangan biarkan usaha kita semua menjadi sia-sia jika gelombang kedua melanda akibat kes import tidak dikawal betul dan kita perlu mengulang semula tempoh PKP sekali lagi.

Kita maklum bahawa kuarantin di rumah bersama keluarga ada banyak kelemahan manakala kit ujian pantas Covid di airport bukan 100% tepat.

Kerajaan perlu ambil tindakan serta-merta untuk memperketatkan proses kuarantin kita bagi mereka yang tiba atau pulang dari luar negara.

Jangan kita menyesal di kemudian hari.

Post a Comment

0 Comments