Bubar Parlimen - Kenapa UMNO Despredo Sangat?


Nampaknya rakyat kena bersedia untuk hadapi PRU15 dalam masa terdekat. Rasanya rakyat anytime dah bersedia bila-bila masa. 

Tetapi jika dilihat pada situasi semasa parti politik malaysia, nampak ketidakfahaman antara parti gabungan. Malah, tiada kepala yang mengetuai gabungan tersebut dalam pengagihan kerusi. Situasi agak berbeza semasa PRU14 dimana BN mengawal parti komponen mereka, atuk mengatur PH dan PAS lone ranger. 

Muafakat nasional sendiri kalau dilihat gagal menyusun pentadbiran "muafakat nasional" tetapi memilih memberi kepada parti yang menang untuk mengatur. Apakah setiap MP yang menang pru14 sedia berkorban kerusi atau apakah penyokong tegar bawahan bersedia memberi sokongan kepasa parti baru yang mungkin diletakkan.

Dalam majlis dalaman sesama Umno, tekanan dibuat agar Umno jangan lagi tunduk kepada Bersatu untuk menangguhkan pembubaran itu bahkan bertindak sendiri.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata :

Kalau tunggu lama-lama untuk membolehkan Bersatu kukuhkan kerusi dia, kita makin meleret lagi.

Elok-elok kita boleh menang pilihanraya, ekonomi semakin teruk dan jadi kita kalah pulak.

Kita jangan tunggu mereka ini. Kita tak boleh diseret oleh mereka ini. Kita dah menang 6 kali bubarlah sekarang.

Majoriti hanya 2 undi sahaja. Kita 111 daripada 222 kerusi dan dia dapat 109. Ia berlaku apabila seorang MP kita sakit kena strok dan seorang lagi tidak mengundi kerana jadi speaker.

Cuba kalau pada hari itu ada MP kita sakit perut, tak boleh masuk parlimen… terlungkup kita

Pujuk orang tu, pujuk orang ini. Menteri asyik berpolitik sahaja sebab tak stabil. Entah-entah esok masih ada kerajaan atau tidak. Macamana kita nak membuat perancangan jangka panjang untuk negara.

Saya kata kita kena bubar sekarang.

Sebab itu Singapura bubar awal daripada kita walaupun Covid-19 mereka lebih teruk.

Post a Comment

0 Comments