Hati hati, sekiranya kanak kanak terminum hand sanitizer dalam kuantiti yang banyak, terdapat risiko kesan serius seperti sawan, sesak nafas, koma dan kematian

Produk hand sanitizer mengandungi 60-90% ethanol atau isopropyl alcohol. Sebagai perbandingan, Wine dan beer mengandungi 5-15% alkohol. Peratusan ini sangat tinggi dan boleh mengebabkan keracunan dengan mudah. 

Satu picitan pam Hand sanitizer adalah kira kira 2.5 ml. Jumlah ini masih berada dibawah paras keracunan dan hanya menyebabkan mulut terasa perit dan pahit. Sangat penting untuk memastikan botol produk sukar dibuka untuk mengelakkan dari mereka dari terminum sekaligus. 

Sekolah bakal dibuka, mungkin ada ibu bapa yang membekalkan produk hand sanitizer kepada anak anak. Elakkan produk yang mempunyai aroma (terutama aroma buah buahan) serta produk yang mempunyai pembungkusan menarik seperti minuman. 

Didik mereka mengenai cara penggunaan yang betul dan utamakan kaedah membasuh tangan dengan air dan sabun berbanding hand sanitizer. 

Sekiranya terdapat kejadian terminum hand sanitizer, beri minuman manis dengan segera (untuk elak episode hypoglycemia dan sawan) dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

Public Health Malaysia