Menerima Wang Tunai Dari Pemilik Syarikat Terowong....

Kertas siasatan SPRM terowong dibongkarkan RPK yang SPRM telah mengaku adalah sahih mengandungi pengakuan bersumpah pemilik syarikat terowong yang mengatakan dia banyak membuat bayaran kepada pemimpin-pemimpin kanan DAP untuk mendapat projek, mengelak projek terowong dibatal dan untuk melicinkan projek dia.

(Sebab itu, Jeffery Chew telah ditangkap dan direman 4 hari kerana dia telah dinamakan dalam kertas siasatan terbongkar itu sebagai wakil untuk seseorang bagi menerima wang tunai dari pemilik syarikat terowong)

Kerajaan DAP telah memberi tanah tepi pantai milik kerajaan kepada syarikat terowong untuk projek-projek kondo mewah bernilai berbilion-bilion yang dijual dengan harga RM1,350 satu kaki persegi di mana kebanyakan unit-unit telah dibeli oleh warga asing.

Tanah tersebut diberi oleh kerajaan DAP sebagai bayaran untuk kos beratus juta ringgit laporan kebolehlaksanaan projek terowong (walaupun DAP menipu bahawa tidak ada satu sen pernah dibayar kerana mereka bayar dengan cara offset beri tanah dan bukan secara wang tunai).

Kondo-kondo tersebut itu juga telah disiap dan dijual walaupun pembinaan projek terowong belum mula sejak projek diberi kerajaan 7 tahun dahulu.

Hari ini, saya dedah projek kondo mewah syarikat terowong 2 blok 40 tingkat diluluskan kerajaan DAP dalam tempoh masa 8 hari sahaja sedangkan projek-projek perumahan mampu milik Rakyat memerlukan masa antara 220 hari sehingga 516 hari untuk mendapat kelulusan yang sama.

Siapakah Ketua Menteri (Guan Eng) masa itu yang juga merupakan pengerusi State Planning Committee (Guan Eng) dan EXCO negeri bagi Hal Ehwal Tanah dan pembangunan tanah (Guan Eng) masa itu?

Adakah berlakunya sesiapa yang salah gunakan kuasa mereka untuk mengarahkan kelulusan diberi dengan begitu laju sekali masa itu?






Post a Comment

0 Comments