Pakat Gembleng Air Kelantan... Jangan PAS & UMNO Berkelahi Tengah Jalan Sudah...


Berkurun lama kelantan menghadapi masalah air dan isu air juga kerap kali dijadikan modal politik, namun penyelesaian tetap gagal. Sehinggalah, MP kelantan sendiri dilantik menjadi menteri selepas kejatuhan kerajaan PH disebabkan Kepala PH sendiri yang meletakkan jawatan dan tiada calon PH yang mempunyai majoriti membentuk semula kabinet bayangan siti kassim mereka. 

MP PAS yang kini menteri di kementerian alam sekitar mengatakan akan menyelesaikan isu air kelantan dan melaraskan perkara yang perlu diselesaikan secara berperingkat menerusi projek seperti : 
  1. Tebatan banjir, 
  2. Penggantian saluran paip baru dan 
  3. Menaik taraf loji air sedia ada.
Katanya lagi, paip dikelantan sudah terlalu lama dan dijangka berusia hampir 40 tahun (What!). Ia juga memerlukan modal yang besar untuk upgrade. Loji yang sedia ada juga dikatakan perlu diperbesarkan sejajar dengan pertumbuhan penduduk. Paling tragis, dijangka akan selesai dalam tempoh 30-40 tahun mendatang! Kiranya paling maksima, rakyat kelantan akan terus memangkah PAS selama 8 PRU mendatang untuk mendapatkan hasil air sejajar dengan matlamat menteri PN. 

Tapi... sekarang akan memperuntukkan RM7.3 billion untuk projek-projek yang telah dirancang supaya pembekalan air bersih berjalan lancar. 

Kalaulah, PAS & UMNO tidak berkelahi pada 20 tahun lepas. Pada hari ini, rakyat kelantan tidak perlu menunggu 30-40 tahun lagi untuk merasai tiada masalah air di kelantan. 

Berita penuh > https://www.malaysiakini.com/news/533070

Post a Comment

0 Comments