Sambung Moratarium, Ini Sebab Kenapa Kami Setuju Dengan Lim Guan Eng


Kami setuju dengan idea moratarium yang diminta supaya kerajaan PN pada harini menyambung. Tetapi bukan 6 bulan seperti yang dicadangkan LGE, tetapi hanya sehingga penghujung tahun 2020. Penangguhan moratarium yang diperkenalkan memberi banyak manfaat kepada rakyat malaysia serta memberi mampu meningkatkan purchasing power untuk menggalakkan pelbagai sektor ekonomi. 

Dengan kawalan pergerakan ke luar negara, kami percaya rakyat malaysia akan memilih untuk spending duit lebihan yang diterima hanya didalam negara. Secara tak langsung ia dapat menggalakkan kembali sektor perhotelan yang telah sunyi hampir 3 bulan sepanjang kawalan pergerakan dijalankan. 

Bukan itu saja, inilah masanya sektor perbankan untuk menawarkan peluang pelaburan untuk menarik rakyat yang mempunyai lebihan wang supaya dapat menyimpan dan melabur ditempat yang selamat dan dikawalselia oleh security commision malaysia. Sebagai contoh : wahed invest, raiz invest, best(bank islam investment) & lain-lain merchant yang memberi peluang pelaburan kepada rakyat malaysia. 



Kadar pengangguran telah naik mendadak dari 3.2% pada bulan Januari kepada 5.0% pada bulan April 2020. Kadar bulan April ini adalah yang tertinggi dalam beberapa dekad. Ia akan naik lebih tinggi lagi kerana banyak syarikat masih lagi dalam proses memberhentikan pekerja mereka. Di kala keadaan ekonomi yang semakin teruk, ramai rakyat Malaysia dan banyak perniagaan tempatan tidak bersedia untuk menghadapi tamatnya tempoh moratorium ke atas bayaran balik pinjaman mereka.

Saya berharap kerajaan akan melanjutkan tempoh moratorium sehingga ekonomi negara mula pulih. Sebarang perlanjutan akan membantu rakyat biasa merancang obligasi kewangan mereka dengan lebih baik, dan meringankan sebarang kesukaran hidup. Tiada gunanya kita memufliskan sesiapa dan memburukkan kemelesetan ekonomi yang kita harungi bersama sekarang.

Menurut Perdana Menteri, moratorium selama 6 bulan ini dianggarkan bernilai RM100 bilion. Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Kewangan, sebanyak RM47.5 bilion telah dimanfaatkan setakat 19 Jun 2020. Saya yakin lebih banyak boleh dilakukan kerajaan.

Oleh demikian, saya meminta supaya pihak kerajaan melanjutkan tempoh moratorium untuk 6 bulan lagi.


Post a Comment

0 Comments