Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini membincangkan beberapa perkara penting, dan isu semasa menjelang sidang Parlimen akan datang. Antara keputusan yang dicapai adalah seperti berikut:
1) Majlis Presiden memutuskan secara sebulat suara untuk menolak usul YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan YB Tan Sri Ariff Yusuf sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan YB Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Komen : Harap MP PH cukup majoriti nak tolak usul. Sepatutnya, speaker sendiri letak jawatan sebab dah tahu kerajaan dah bertukar. Takkan nak buat muka tak malu.
2) Majlis Presiden konsisten dengan pendirian bahawa fokus Kerajaan Persekutuan dan Negeri ialah untuk membantu rakyat pasca penularan wabak COVID-19. Justeru, kami berpandangan sekiranya berlaku Pilihanraya Umum tergempar sebelum tamat tempoh lima tahun, maka Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.
Komen : Rakyat akan menilai PH sebagai pengecut. Tidak berani berdepan dengan situasi semasa, tetapi lebih kepada politik persepsi yang pada hari ini tidak lagi mendapat perhatian rakyat.
3) Majlis Presiden telah membincangkan usaha-usaha mengembalikan mandat rakyat dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan. Pakatan Harapan komited dengan pendirian asal YB DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, dan mesyuarat juga turut membincangkan cadangan pencalonan YB DS Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.
Komen : Dengan ini secara sah mahathir tidak lagi diperlukan dalam PH kan. Kalau PH nak amik hati mahathir, Shafie Afdal mesti dilantik menjadi PM. Persoalannya, cukup ker sokongan MP yang menyokong Shafie Afdal.
Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak. Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada YB DS Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk YB DS Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut.
Komen : Secara rasminya, mahathir dan boleh bersara. Kalau nak test power, boleh letak jawatan MP langkawi. Kita tengok sejauh mana rakyat akan memangkah kembali PH.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Tn Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
0 Comments