Shafie Sah Calon PM PH ? Hahahaha


Drama menarik datang kembali gais. Parlimen dah start, muhyiddin pun cuma dapat sokongan tipis untuk singkirkan speaker. Maka, ini masa terbaik PH mula dendangkan semula irama "Perdana Menteri PH". Kami menanti, siapakah MP PH pertama yang akan minta parlimen dibubarkan. 

Parti komponen PH iaitu DAP dan Amanah - yang didakwa setuju dengan cadangan itu - kemudian mengeluarkan kenyataan bersama memaklumkan perkara itu perlu diputuskan di peringkat PH.

Dalam mesyuarat majlis presiden PH, gabungan itu pada 5 Julai lalu berkata mereka tetap dengan keputusan awal iaitu Anwar sebagai calon perdana menteri.

Dalam wawancara hari ini, Shafie mendedahkan DAP dan Amanah yang mula-mula mencadangkan namanya.

Menurut Shafie, dua parti komponen PH itu membangkitkan cadangan itu sebagai pilihan ketiga bagi memecah kebuntuan setelah Anwar dan PKR tidak setuju Mahathir sekali lagi menjadi calon perdana menteri.

Shafie menyifatkan "pusingan-U" oleh DAP dan Amanah itu menunjukkan betapa tidak tegasnya PH.

Shafie berkata tidak pernah meminta untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, tetapi ia timbul setelah PH tidak dapat mencapai keputusan walaupun sudah beberapa mesyuarat dibuat untuk menyelesaikan isu Mahathir-Anwar.

Post a Comment

0 Comments