Zuraida Tak Perlu Layan Minah DAP Ni..


Pilihanraya kerajaan tempatan hanya merugikan masa rakyat, wang rakyat dan tidak memberi impak besar kepada masyarakat setempat. Umum sedia tahu, bidang kuasa kerajaan negeri lebih luas dan menyeluruh daripada kerajaan tempatan. Secara tak langsung kerajaan terpaksa membazir jutaan ringgit semata-mata pemilihan kecil yang hanya memberi impak kecil sahaja. 

Bagi yang tak tahu apa itu pilihanraya kerajaan tempatan, baca bawah ni :

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'Pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting seperti Datuk Bandar , Yang diPertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil.

Demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai cukup maklumat. Korupsi yang berleluasa dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

FMT 

Post a Comment

0 Comments