Ni Nak Malukan Agong Ker Macam Mana?


Pendengaran Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan dengan permohonan oleh Anwar dan defendan bersama Lembaga Pengampunan, untuk mengetepikan cabaran Khairul Azam.

Semasa prosiding, Haniff Khatri berkata mahkamah patut menolak usaha mengetepikan saman itu dan mendengar sepenuhnya saman utama, bagi membolehkan semua isu boleh bicara didengar.

Haniff berkata ini termasuk isu berkaitan pembentukan lembaga itu dan dakwaan nasihat salah berkaitan kuasa Agong memberikan pengampunan yang diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut:

“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Haniff berkata, peruntukan itu jelas menyebut “memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum” bermaksud ia terhad kepada hukuman dan tidak boleh melebihi perkara itu.

“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut Seri Paduka boleh mengetepikan sabitan kes,” kata Haniff.

Post a Comment

1 Comments