Tugas polis melindungi rakyat marhaen yang lemah dan bukannya bersekongkol dengan individu yang terlibat dengan kegiatan yang menjurus kepada jenayah sosial atau jenayah berat.
Isu rasuah atau melindungi jenayah ini bukan perkara baru dan ia melibatkan 2 pihak. Tetapi sebagai penjawat awam sepertinya mereka tidak dapat lari dari tindakan undang-undang. Bagaimana pula dengan pemberi upah, apakah hanya tindakan ringan dikenakan.
Dalam situasi ini juga, pegawai yang terlibat membocorkan data peribadi pemberi maklumat sepatutnya dibuang kerja dan bukannya sekadar diturunkan pangkat. Ini melibatkan kerahsiaan negara!
Dengan itu, kami cadangkan pihak kerajaan menambah hukuman kepada penerima rasuah, pemberi rasuah dengan sebatan sebanyak 10 sebatan! Mungkin dengan memikirkan kesakitan punggung yang tidak terperi dapat memberi pengajaran kepada penerima dan pemberi rasuah.
Rasuah, Jubo jadi taruhan!
0 Comments