RUU MKN Baru, Menyekat Kuasa Perdana Menteri


Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 bagi menyekat Perdana Menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai 'kawasan keselamatan'.

RUU dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan, untuk bacaan kali pertama dan dijadual bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan Dewan Rakyat kali ini juga.

Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 pernah dibentang di Dewan Rakyat pada April tahun lalu, namun pada Julai, ia ditarik balik kerajaan terdahulu mengikut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Akta MKN diluluskan Dewan Rakyat pada Disember 2015 ​​​​​​​dan berkuat kuasa 1 Ogos 2016, antara lain membolehkan Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai 'keselamatan' dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di sesuatu 'kawasan keselamatan'.

Post a Comment

0 Comments