Confirm, Buta2 Kena Tipu Rasanya Kan. Hahahahaha

Pemuda AMANAH mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa tujuh hari.

Perkara tersebut diberitahu Sheikh Khuzaifah yang berkata, perjanjian itu dibuat selepas Anwar gagal memberi penjelasan kepada rakan-rakan komponen berhubung arahan saat akhir agar tidak menyokong cadangan undi belah bahagi semalam.

Menerusi Twitternya, dia berkata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berang dalam mesyuarat Pakatan Harapan kerana tindakan Anwar, selain kata-kata Anwar yang hanya meminta untuk tidak risau kerana sudah ada sokongan.

“(Ahli Parlimen) Kota Raja dan Pulai mengamuk dalam mesyuarat PH selepas sidang. Ketua Pembangkang telah sekali lagi ‘throw’ kawan-kawan ‘under the bus’. Sama seperti ketika memutuskan untuk berunding dengan kumpulan lanun.

“Anwar hanya berkata ‘jangan risau. Saya ada Akuan Bersumpah (sokongan). Muhyiddin habis’.

“Setelah tidak dapat memberikan penjelasan sewajarnya kepada kawan-kawan, dia akhirnya bersetuju jika kerajaan PN gagal dijatuhkan dalam masa 7 hari, dia akan letak jawatan sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang.

“Ini harus kita pegang dan tuntut,” katanya.

Menurutnya, semua Ahli Parlimen telah bersetuju untuk menunggu tujuh hari tersebut dan perbincangan kini tertumpu bagaimana untuk menjelaskan kepada ahli-ahli di bawah.

Naratif yang dipersetujui pula, pembangkang dikatakan akan menolak sebahagian belanjawan, melawan ketika undi peringkat Jawatankuasa dan tidak tolak belanjawan dasar demi rakyat.

Dalam tweet awalnya tadi, Sheikh berkata, terlalu banyak yang diselindungkan sehingga membodohkan ahli dan pengundi.

Baginya, keputusan dilakukan Anwar sebenarnya sama sekali tidak berkait dengan isu belanjawan kerana Anwar telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui undian tersebut.

Bahkan katanya, belanjawan boleh dibentangkan semula jika PH Plus yang merampas semula kerajaan.

“Belanjawan tak jadi isu kerana jika PH Plus ambil alih kerajaan, tentulah kita akan bentangkan semula.

“Jadi, soal tolak bantuan untuk rakyat dan lain-lain tidak timbul sama sekali. Kerajaan baru akan bentang belanjawan baru.

“Mesyuarat PH Plus pada hari Selasa juga setuju sebulat suara untuk menolak belanjawan sebagai isyarat tidak percaya kepada kerajaan PN,” katanya lagi.


Malaysiadateline

Post a Comment

3 Comments

  1. Biar kena tipu dgn Atok tak pa . Makin sayang pada Atok. Makin kuat berpaut pada Atok. Ish ish ish.

    ReplyDelete
  2. Air Kencing Anowar Braham rasanya macam 'special brewed' Beer Carlberg = menurut Pemimpin PAN Imayam yg selalu mewakili DAPigs dalam membela hak pemabuk minum Arak di Malaysia

    ReplyDelete
  3. Atok dan nuar tak pernah sebulu.
    Nuar paling parah kena kencing hancing atok. Keyakinan nuar dgn bermain ilmu matematik merosakkan kredibilitinya. Sama dgn atok dah makin dihina di hujung hayatnya.
    Atok ingin berkuasa demi legasi kayanya. Nuar pula krn hajat dan impiannya sejak dlm umno.
    Nuar ada tapak yg agak kukuh iaitu gabungan parti dlm ph wlpun kebanyakan pemimpinnya dh mcm maharaja lawak slps gagalnya mrk selama 22bulan.
    Atok pula cuba bermain permainan biasanya dgn menyalah org lain seolah2 dia lebih hebat dari mrk. Nak mengecam org lain rasuah dan penyamun. Atok tak pernah rasuah atau menyamun?Rakyat dah muak.
    Asas politik atok dah makin merosot.Dalam ph dia dah semakin di tolak. Dlm pn..umno/bn dan mgkin pas juga menolak atok. Maka tinggal proksi atok dlm pn utk meneruskan legasinya.

    Situasi skrg atok cuba bermain selamat...anggap berkecuali tapi sering kecam pn. Tak apa proksi dia ada dlm tu. Sekali sekala menyalahkan nuar utk menunjukkan dia tak bersalah membakar kerajaannya sendiri dan juga menyalahkan nuar krn tidak menolak belanjawan.
    Nuar mgkin dah hidu permainan atok. Kalau nuar setuju maka ketua pembangkang akan dikecam majoriti rakyat. Siapa ketua pembangkang skrg?! Sudah tentu nuar akan dipersalah dan atok akan spin balik segalanya spt selalu. Atok kan tak pernah bersalah...

    Terpulanglah pada pru15 nanti. Rakyat dah semakin bijak. Lagipun skrg zaman sosmed..dunia hujung jari. Siapa yg bijak menggunakannya dan dpt menghadirkan fakta logik dan bukannya asyik menyalahkan org lain dgn hujah mengarut mgkin akan diterima rakyat.
    Kalau hujah2 era reformasi atau hujah2 dan fitnah2 sblm pru14 semuanya dah lapuk dan basi. Perlu pendekatan yg baru dgn fakta dan bukti yg berani.

    ReplyDelete