Isu sekarang, kita mahukan idea daripada semua individu. Untuk membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara dalam menghadapi covid19. Sengketa tahi politik boleh start semula tahun 2022 nanti.
Umno perlu ingat, yang cetuskan masalah politik sabah bermula dari gerakan umno. Kemudian di ikut rapat kerakusan Shafie Afdal kononnya nak tunjuk hebat dapat sokongan rakyat. Akhirnya rakyat disajikan dengan corona.
Tidak salah untuk PM melibatkan PH sekiranya ada yang mampu memberi input terbaik untuk negara.
Umno risau sokongan? Rakyat pada hari ini sedia dari segi mental dan fizikal untuk menolak mana-mana pemimpin korups walaupun daripada parti dakyah bangsa mahupun dakyah agama.
Buat jer kerja, rakyat menilai. Bukannya asyik gila nak cetus polemik politik.
Malapetaka Jemput PH
Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membawa malapetaka buat negara, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii.
Razlan berkata kerajaan kabinet serta kumpulan ahli parlimen Kerajaan sudah cukup untuk membantu Muhyddin mentadbir tanpa memerlupkan input pembangkang.
"Saya bukan mahu jadi penentang kepada kerajaan PN, namun apa yang cuba di cadangkan oleh perdana menteri adalah satu malapetaka kepada Negara sekali lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malam tadi dalam satu wawancara bersama Astro Awani, perdana menteri mempertimbangkan kemungkinan memperluas kerjasama dwiparti dengan pembangkang melangkaui Belanjawan 2021.
Beliau berkata ini barangkali termasuk mengundang pembangkang untuk menghadiri mesyuarat tertentu kerajaan.
"Bagi saya ini langkah permulaan, saya fikir untuk satu peringkat lain saya nak pelawa pembangkang untuk sama-sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu.
"Atau nak uruskan masalah Covid-19, yang saya pengerusikan tiap-tiap hari," katanya pada wawancara berkenaan.
Dalam pada itu, Razlan mendakwa dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, banyak kerosakan yang dilakukan yang menjejaskan rakyat.
Razlan memetik beberapa program dan cadangan agenda yang dipromosikan pemimpin PH ketika gabungan itu memerintah, termasuk syiling kripto, pemberian RM30 e-dombet dan "kereta terbang".
"Sekiranya Muhyddin berkeras mahu membawa PH ke dalam kerajaan semula, seeloknya dipulangkan semula jawatan perdana menteri itu kepada Yang di-pertuan Agong," katanya lagi.
3 Comments
sebelum jemput fikir betul2 dari semua segi, bila sudah bersama segala masalah kenalah tanggung olih kerajaan, yang pastinya tuduh menuduh pasti akan belaku, yang pastinya bukan menyelesaikan tapi merumitkan keadaan.
ReplyDeletecuba kita renung sejenak, pembentangan belanjawan 2021 srmuanya tak kena bak kata pepetah seperti sang bapa dan anak bersama kerdainya, semua keadaan tak kena, ini sekadar memberi pandangan untuk sama2 berfikir.
Kalau piee bedal takut mati..rasanya keadaan tak seteruk sekarang.
ReplyDeleteKenapa negeri lain boleh berkompromi demi rakyatnya?
Kita sama2 tggu pandemik reda dan ada vaksin yg mampu mengubati keadaan. Lepas itu tak kira ideologi...kuburkan pengkhianat parti dan perjuangan pada pru15.
Yg ada skrg pun hanya sandiwara mrk yg ingin menyelamatkan jawatan dan legasi kaya raya atok kerala.
Legasi yg telah lama mengganggu kestabilan sosio politik negara sejak awal 80an.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856