Isu sekarang, kita mahukan idea daripada semua individu. Untuk membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara dalam menghadapi covid19. Sengketa tahi politik boleh start semula tahun 2022 nanti. 

Umno perlu ingat, yang cetuskan masalah politik sabah bermula dari gerakan umno. Kemudian di ikut rapat kerakusan Shafie Afdal kononnya nak tunjuk hebat dapat sokongan rakyat. Akhirnya rakyat disajikan dengan corona. 

Tidak salah untuk PM melibatkan PH sekiranya ada yang mampu memberi input terbaik untuk negara. 

Umno risau sokongan? Rakyat pada hari ini sedia dari segi mental dan fizikal untuk menolak mana-mana pemimpin korups walaupun daripada parti dakyah bangsa mahupun dakyah agama. 

Buat jer kerja, rakyat menilai. Bukannya asyik gila nak cetus polemik politik.

Malapetaka Jemput PH 

Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membawa malapetaka buat negara, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii.

Razlan berkata kerajaan kabinet serta kumpulan ahli parlimen Kerajaan sudah cukup untuk membantu Muhyddin mentadbir tanpa memerlupkan input pembangkang.

"Saya bukan mahu jadi penentang kepada kerajaan PN, namun apa yang cuba di cadangkan oleh perdana menteri adalah satu malapetaka kepada Negara sekali lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi dalam satu wawancara bersama Astro Awani, perdana menteri mempertimbangkan kemungkinan memperluas kerjasama dwiparti dengan pembangkang melangkaui Belanjawan 2021.

Beliau berkata ini barangkali termasuk mengundang pembangkang untuk menghadiri mesyuarat tertentu kerajaan.

"Bagi saya ini langkah permulaan, saya fikir untuk satu peringkat lain saya nak pelawa pembangkang untuk sama-sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu.

"Atau nak uruskan masalah Covid-19, yang saya pengerusikan tiap-tiap hari," katanya pada wawancara berkenaan.

Dalam pada itu, Razlan mendakwa dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, banyak kerosakan yang dilakukan yang menjejaskan rakyat.

Razlan memetik beberapa program dan cadangan agenda yang dipromosikan pemimpin PH ketika gabungan itu memerintah, termasuk syiling kripto, pemberian RM30 e-dombet dan "kereta terbang".

"Sekiranya Muhyddin berkeras mahu membawa PH ke dalam kerajaan semula, seeloknya dipulangkan semula jawatan perdana menteri itu kepada Yang di-pertuan Agong," katanya lagi.