Antivaksin - Kami Cadang PAS Mulakan Gerakan


Antivaksin.. Pada pandangan kami terdapat 2 golongan utama yang menjadi kelompok utama antivaksin. 

Pertama, mereka yang terlalu taksub dengan perubatan secara tradisional atau secara herba. Mereka menolak cara perubatan moden dan dikatakan memberi kesan buruk kepada kesihatan dimasa akan datang. Malah perkara tersebut ada diperdebatkan oleh golongan profesional sendiri. Bagi golongan profesional yang terlibat dalam gerakan antivaksin, kerajaan perlu bertindak tegas dalam memastikan mereka tidak menyebarkan dakyah yang tidak betul dan hasilnya memberi pelbagai penyakit berjangkit dalam masyarakat. 

Kedua, mereka yang terlalu taksub dengan keagamaan. Bukan sekadar penganut agama islam, terdapat juga penganut agama lain yang taksub dengan ajaran mereka seolah suntikan vaksin ini haram bagi mereka. Bagi penganut islam, tiba masanya PAS menjadi tulang belakang memasukkan dalam ceramah jemaah mereka supaya menyuntik vaksin. Mungkin daripada situ dapat memberi impak positif kepada jemaad diluar parti PAS. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Setuju. Golongan pertama patut disuntik dgn vaksin ni ialah lebai jadian dan walaun. Seterusnya kabinet halimunan mudin yg lbh 70 org tu.

    ReplyDelete