Guan Eng Dengan Mat Sabu, Macam Perli Anwar Ibrahim Jer Ni...



Baru sedar diri kena game lagi ker. Tak habis korang nak angkat anwar ibrahim, duk pusing cerita ada sokongan semua. Last sekali keciwa. Haritu korang angkat atok, sekali atok letak jawatan semua terlingkup. Daripada PH sibuk duk pancing orang umno nak bentuk kerajaan baru, more better perkukuhkan akar umbi sekiranya mereka betul mahu memerintah. Tapi peluang pertama dah diberi dan banyak failed. Terutama sekali gagal meredakan tsunami rasis antara kaum. Anwar dah hilang sokongan rakyat. Itu realiti masa kini.  

Bazirkan tenaga kejar bayang-bayang

Malaysiakini | Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kelompok terbabit hanya memperalatkan PH untuk kepentingan peribadi agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan.

"PH harus berdepan dengan realiti ini. Perlu ada suatu anjakan politik semula bagi tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan ahli parlimen pembangkang yang berdiri bersama kita pada hari Selasa.

"PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN," kata mereka.

Mohamad dan Lim juga berkata masa dan sumber yang ada harus digunakan untuk mencari persamaan dalam kalangan rakan dan sekutu PH untuk menggerakkan perjuangan bersama rakyat berdasarkan nilai demokrasi yang utuh, tadbir urus yang baik, antirasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.

Dengan kata lain, kata ahli parlimen terbabit, daripada 92 ahli parlimen PH, gabungan itu harus memperluas lingkungan untuk menumpukan perhatian kepada 16 ahli parlimen lain yang bersama-sama mengundi menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini untuk membentuk PH Plus.

"Undian belanjawan pada Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 MP (ahli parlimen) dengan berdasarkan hanya 92 ahli parlimen PH.

"Andai kata (usaha meluaskan lingkungan itu) berdasarkan 108 ahli parlimen PH Plus, betapa kuat laginya!"kata kenyataan itu.

Sebelum ini Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baru.

Kata Lim dan Mohamad, Selasa lalu adalah hari mengecewakan bagi pemimpin dan penyokong PH yang berharap Belanjawan 2021 dapat dikalahkan pada bacaan ketiga di parlimen.

Menurut mereka, rakyat mahu mandat yang mereka berikan kepada PH pada PRU lalu dikembalikan selepas gabungan tersebut dijatuhkan pada akhir Feb lalu.

"PH menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai calon perdana menteri dan boleh mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen kerajaan dengan syarat mereka bukan terdiri daripada ahli parlimen kleptokrat terutamanya Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

"Undian (pada 15 Dis) jelas menunjukkan 108 ahli parlimen yang menentang PN adalah jumlah yang sama kekal teguh bersama PH pada Mac 2020.

"Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.

"Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN.

"Tidak ada satu (seorang) pun ahli parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.

"Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN," kata Mohamad dan Lim lagi.

Post a Comment

4 Comments

  1. siapa tak kenal dapig dan amanah, lebih kenal mereka dari anak kucing sendiri, yang pasti tugasan masing2 dikenali, satu akan jaga melayu seperti mana melayu lawan melayu, yang satu akan jaga islam sebagai mana islam lawan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sekarang bersatu dgn umno duk tunggu nak tikam sama sendiri, apa cerita?

      Delete
  2. DAPigs dan Balaci Melayu nya PAN Imayam aka Mike Syabu sedar Anowar Braham dah tak laku lagi. Malah mereka sedar Tua Kutuk MahaKUTTY jauh lebih popular dari Anowar Braham!!

    ReplyDelete