DAP Mengamuk Tak Dapat RM2 Billion? Betul Ker?




Rakyat Malaysia sangat bimbang apabila terbongkarnya rahsia bekas Menteri Kewangan telah menggunakan kuasanya memberi jaminan negara untuk pinjam RM2 bilion dari Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk membiayai sebahgian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang

Saat mereka berkuasa dahulu hinggalah kini kita tak pernah tahu pinjaman dari ADB untuk projek Pulau Pinang ini tak pernah di umumkan oleh kerajaan PH dahulu. Jika tak kerana Menteri Kewangan PN yang membatalkan pinjaman ini kita semua mungkin takkan tahu. 

DAP menyelar kerajaan PN kononnya berat sebelah dan ingin membalas dendam politik. Mari kita lihat betulkah ini dendam politik.

Apakah menteri kewayangan sudah lupa disaat mereka sangat berkuasa di kerajaan pusat bukankah menteri kewayangan dari DAP telah membatalkan peruntukan RM1 Bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak. Peruntukan ini telah di luluskan oleh Perdana Menteri ketika itu Dato Sri Najib Tun Razak. 

Lupakah Menteri Kewayangan ketika itu bukan main sombong dan angkuh memaksa negeri Sarawak  membayar balik hutang kepada kerajaan pusat yang ketika itu belum pun sampai tempoh untuk membayar hutang tersebut.

Begitu angkuh dan zalim sekali ketika mereka di tampuk kuasa.

Lupakah Menteri Kewayangan ketika kerajaan Kelantan meminta bantuan kerajaan pusat wang pendahuluan RM24.5 juta bagi  membayar gaji penjawat awam Kelantan, Menteri Kewanyangan dari DAP membuat sidang media dan mengecam Kelantan sebagai kerajaan yang gagal, dan pinjaman tersebut dikurangkan RM2 juta kepada Kelantan. Ini bukan dendam politik kah.

Padahal ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan pusat, setiap kali Kelantan minta pertolongan kecemasan, BN tidak pernah mengabaikan permintaan kerajaan Kelantan walaupun berbeza dari segi ideologi politik. 

Tiba-tiba hari ini kita dapat tahu bahawa dalam senyap-senyap Menteri Kewayang DAP telah membuat pinjaman RM2 bilion untuk membiayai sebahagian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang kesayangannya.

DAP memberi alasan jaminan tersebut tidak memberi resiko kepada kerajaan persekutuan kononnya mereka mempunyai prestasi yang baik dan tidak pernah memungkiri janji penbayaran hutang. 

Janganlah nak memutar belit fakta pula. Kadar hutang terendah direkodkan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah hasil penstrukturan semula dilakukan Kerajaan Persekutuan membabitkan nilai RM655.24 juta pada tahun 2011. Tanpa bantuan kerajaan persekutuan tak usahlah DAP nak mendabik dada. Sumber  : Bharian

Lagipun rata-rata rakyat menyuarakan kebimbangan mereka di media sosial pinjaman itu diserahkan kepada kerajaan Pulau Pinang, bimbang jadi seperti projek Terowong Bawah Laut yang sehingga kini tenggelam entah kemana.

Post a Comment

0 Comments