Pengasas Ilustrasi Artortoise Kembali Ke Rahmatullah..


Mereka yang baik selalunya akan pergi dengan situasi yang baik dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Artortoise boleh dikatakan pembuat ilustrasi yang popular dimalaysia. Kebanyakan ilustrasi yang dibuat mendapat komen positif. Artortoise juga tidak membuat ilustrasi yang menjurus kepada hasutan atau membangkit perasaan marah mana-mana pihak. 

Kami di BANkami menzahirkan takziah kepada keluarga allahyarham. 

Daripada facebook Artortoise : 

Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.

Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InshaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. InshaAllah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti.


Ucapan Takziah Daripada Pengerusi TRW baru : 

 


Ucapan Takziah Daripada Menteri Agama : 

Post a Comment

0 Comments