Dia Lupa Kot, Sekarang Jadi Kerajaan... Hahaha


Setiap kata-kata daripada kerajaan terhadap sesebuah negara boleh memberi impak besar sekiranya tindakbalas berlaku. Yang bakal menjadi mangsa adalah rakyat. Dan itulah yang berlaku di mana-mana negara. Kerana mulut seorang, yang menjadi mangsa. Rakyat. 

Ye, memang yahudi ramai di amerika. Tapi jangan kita lupa, disana juga ada orang islam. Ada yang hidup aman walaupun ada yang takut kerana penyebaran islamophobia. 

Pemimpin PAS yang menjadi kerajaan hari ini perlu bijak dalam mengeluarkan kata-kata sekiranya ia boleh menjejaskan hubungan 2 negara yang mungkin memberi impak besar terhadap ekonomi negara, ia perlu ditapis setiap kata-kata. 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/02/ambil-tindakan-terhadap-zawawi-atas-kenyataan-as-pengganas-kata-mp-dap/

Post a Comment

0 Comments