Menunggu Rahsia Mat Sabu Terbongkar Di Mahkamah.

Kelmarin diberitakan Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), menyaman Kolumnis Harakah, Roslan SMS dan Pengarangnya, Wan Nordin Wan Yaacob. Mat Sabu menyaman mereka kerana memfitnah beliau menurut telunjuk DAP dan bertindak diktator dalam PAN. Menarik juga kali ini Mat Sabu nampak berani menyaman pihak yang didakwa memfitnahnya.

Sebelum ini ramai pihak yang telah mendedahkan tentang cerita-cerita gelap Mat Sabu, tetapi mereka terlepas daripada disaman. Antara pendedahan berkaitan Mat Sabu ialah beliau seorang pengikut tegar Syiah, beliau menjadi khadam setia Lim Guan Eng membela DAP dan beliau terlibat dengan skandal bersama seorang gadis. Pendedahan-pendedahan itu ada yang dibuat secara terbuka, tetapi Mat Sabu tidak pula berani menyaman mereka.

Sebelum hari mengundi PRU 14, tiga orang yang mendakwa bekas ahli PAN Kuala Kedah, diketuai Rizal Bakar, membuat pendedahan Mat Sabu terlibat dengan skandal bersama seorang gadis. Mereka mencabar Mat Sabu menjawab dalam tempoh 36 jam. Ekoran daripada itu, Mat Sabu melalui peguam PAN bertekad untuk menyaman mereka, bagaimanapun sehingga hari ini tindakan itu tidak diambil.

Demikian juga pendedahan yang dibuat oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, bahawa Mat Sabu bertindak bagi pihak Lim Guan Eng memujuk Razali menarik balik laporan polis, yang mendakwa DAP menganjurkan himpunan gereja bertujuan mahu menggugat Islam sebagai Agama Persekutuan. Pendedahan Razali tentang Mat Sabu ini dibuat secara terbuka, tetapi sehingga hari ini Mat Sabu tidak berani menyaman Razali.

Mat Sabu juga sejak dari dahulu lagi sering dituduh sebagai pengikut tegar Syiah. Pada tahun 2013, Dr Zamihan Abdul Ghani pernah membuat tuduhan bahawa Mat Sabu terlibat sebagai pengikut Syiah, malah Dr Zamihan mencabar Mat Sabu bersemuka untuk menjawab perkara itu. Semasa Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan pula, Dr Rozaimi Ramle telah mendedahkan Mat Sabu terlibat mengamalkan ajaran Syiah. Agak menghairankan Mat Sabu mendiamkan diri seribu bahasa, malah tidak berani mengambil tindakan saman.

Mengapa tiba-tiba Mat Sabu pada kali ini jadi berani bertindak terhadap kolumnis dan pengarang Harakah tersebut. Sebenarnya begitu banyak bukti yang tersimpan, bahawa sememangnya Mat Sabu adalah balaci DAP. Malah adakah pencabar utama Mat Sabu dalam PAN, iaitu Husam Musa, akan berdiam diri daripada membuka rahsia keburukan Mat Sabu sekiranya beliau dipanggil menjadi saksi di mahkamah nanti. Nampaknya Mat Sabu akan terperangkap kali ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Aku tak peduli semua tuduhan2 org Pas terhadap mat sabu. Tapi aku tak boleh terima mat sabu masih dok sokong dan percaya cakap Atok kutty!!

    ReplyDelete