What the different of PKP 1.0 and PKP 2.0? 

I am very frustrated towards our government. 
Semalam 4k new case after beberapa hari dah run PKP. PKP 2.0 banyak sangat kelonggaran. Banyak kereta sana sini mcm tak takut dgn Covid ni. Mcm hari tu nak ke HSI JB urusan checkup dengan doktor pakar, jalan boleh jammed !! Eh jammed waktu PKP ek..hebat !! Dulu PKP 1.0, Kita nak keluar ke hospital BP pun punya tak de kenderaan. 

It's not unfair bila pusat tuisyen tidak dapat beroperasi sedangkan kami boleh je buat kelas small group dan mengikut SOP yg ketat. Lagipun, sekolah tak boleh buka, murid ramai yg hilang basic dan perlukan extra pemahaman. Kenapa Tadika Swasta boleh dibuka, tadika kerajaan tutup? Apa beza nya? Alasan parents kerja, tak de tempat nak letak anak. 

Apa yg hantar anak kat tadika kerajaan mcm KEMAS tu parents org miskin tak bekerja duduk rumah ke? 

Alasan sgt tak relevan. 

Kenapa kedai² boleh je beroperasi spt biasa cth nya kedai jual karpet, jual tudung, jual emas, bla bla bla..tu semua keperluan sepanjang PKP? NONSENSE !

PDPR, tak nampak lagi sejauh mana keberkesanan PDPR ni. Memang parents ambil alih dlm memastikan anak still belajar. Tp, ramai juga yg mengeluh terutama golongan B40 yg banyak kekangan, tak de laptop, x de printer, x de kemudahan internet, anak ramai nak run serentak pdpr, belum lg parents yg tak reti nak mengajar.. 😒 dekat FB sana sini share pic semangat anak² nak PDPR, itu kebanyakannya golongan kayangan yg mampu sediakan kemudahan canggih, sorang satu anak ada laptop. 

Ramai parents call saya terutama anak baru masuk tahun 1 nak masuk kelas membaca sbb anak tak kuasai membaca. Mereka bingung nak ajar anak... Mesti ada yg kecam, tp cuba fikir semula, persekitaran belajar di rumah dan di tempat belajar berbeza. Tapi, kami akur arahan MKN dan araha KPM pusat tuisyen tidak dibenarkan operasi.

Saya juga kesian dgn guru-guru sekolah yg juga sentiasa terima kecaman spt "cikgu gaji jalan, tp tak mengajar..bla bla bla". Saya yakin mereka dah cuba sehabis baik menyediakan latihan / pembelajaran yg sesuai utk anak² cuma mungkin kaedah yg disampaikan kurang berkesan. 

Why not PKP 2.0 buat cara PKP 1.0. Org nak kecam saya TERPULANG. Nak ckp mcm mana periuk nasi diorg bila ditutup semua mcm PKP 1.0 tu, tp ingat semula kita pernah capai 1 angka. Nak hapuskan rantaian covid ni kan, buat betul² lah !! Saya dh penat berbulan² pusat tuisyen tak boleh buka, dan semakin redha bila hilang punca pendapatan. Tp, saya rasa terkilan dan sgt terkilan bila terlalu banyak kelonggaran hingga jumlah kes makin lama makin bertambah. 

Kejam sgt ke kalau sy nak cakap semua ni berpunca dari PRU Sabah? Kejam sgt ke kalau sy nak cakap government lambat bertindak? Memang org akan kata jangan tuding jari, jgn salahkan org... Come on !  Rakyat dah buat apa yg government suruh, patuh SOP patuh SOP...Tp, kenapa dari 0 angka boleh naikdan naik dan naik hingga mendadak skrg ni? Punca awal dari mana? Dari rakyat juga? 

Ikhlas,
Rakyat Marhein