Campurtangan Politik - Pertukaran Pegawai Polis

Mana lebih power sebenarnya ni. KPN atau MKN. Kalau KPN susah bertindak untuk membanteras, macam mana nak pastikan ketelusan. 

Tapi persoalannya, sajat bila nak tangkap. Kalau sajat pun tak dapat tangkap. Jho low, dapat tengok sayup bayangan dari nun juh di atas kapal singgahsana jela. 
                
Shahbudin | Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang memandang serius percubaan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang cuba campur tangan dalam urusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dalam soal pertukaran jawatan dan tugas pegawai-pegawai kanan polis Malaysia dalam PDRM.

Saya mendapat maklum bahawa Ketua Polis Negara telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “ Control and Command” PDRM adalah terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apa tah lagi untuk menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara.

Saya memandang perkara yang cuba dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri adalah serius. Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan Darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Satu perkara yang perlu diingat bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil Kartel di dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.

Pada hari ini pula, Sabtu 10 April 2021 melalui telivesyen (Astro Awani jam 3 petang), Ketua Polis Negara telah mendedahkan bahawa Dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.

Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh Polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.

Manakala ada akhbar pada hari ini, (Sinar Harian 10 April 2021) di muka depan mendedahkan Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.

Akhirnya, sebagai Ahli Parlimen, saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta Ketua Polis Negara menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis.

Ketua Polis Negara mesti diberi ruang dan sokongan semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Post a Comment

1 Comments

  1. Klu di negara maju barat (spt uk, germany, usa), ada ahli politik yg cuba campur tangan, apatah lagi melibatkan urusan pertukaran atau kenaikan pangkat pegawai polis, ahli politik tersebut sudah pasti di PECAT, TIADA KOMPROMI SAMA SEKALI!!! Mrk bukan negara islam tapi ada integriti. Ada faham ka menteri2 setengah masak kerajaan PN melayu isle?

    ReplyDelete