Gilalah! Suami Positif Ganja, Tolak Isteri Dari Tingkat 18

Bahana ganja! Emosi tidak terkawal kerana cemburu. Cerita disebalik yang sebenar tidak diketahui. 

Bila kita berada dibawah pengaruh minda bawah sedar. Kita tidak takut melakukan perkara diluar norma manusia.

Berhati-hati semua & jaudi dadah, ganja dan semua sekalilah yang memabukkan, mengkhayalkan. 

FMT | Seorang tukang masak berusia 34 tahun ditahan polis selepas dipercayai menolak isterinya dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong, berkata siasatan awal mendapati suspek bertengkar dengan mangsa, ejen insurans berusia 35 tahun, sebelum menolaknya menerusi tingkap di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, pertengkaran itu susulan suspek mencurigai isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, menurut laporan Berita Harian.

“Mereka sudah lebih setahun berkahwin dan belum dikurniakan anak, malah suspek turut mengaku menolak mangsa selepas pertengkaran.

“Suspek kemudian ditahan dan turut dirampas botol mengandungi ketulan kristal serta plastik lutsinar mengandungi daun kering dipercayai dadah, selain dua telefon bimbit,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif ganja tetra hydrocannibol (THC) dan tiada rekod lampau.

Sehubungan itu, suspek yang berasal dari Masai, Johor, direman enam hari hingga 15 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melaporkan seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan, sebelum terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Laporan diterima pada 12.43 tengah malam, dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong berjaya membawa turun mangsa, namun wanita itu disahkan  meninggal dunia akibat impak jatuh dari tempat tinggi.

Post a Comment

0 Comments