Perihal Doktor Gigi Pulak.. Hemmm.. Tapi kan...

Kami sedikit pelik dengan situasi ini. 

Bagaimana keseluruhan staf kkm, polis, tentera tidak dijadikan group pertama yang mesti divaksinkan. 

Tapi itulah, bak kata jokowi. Negara kaya jangan gembleng vaksin. 

Malaysiakini | Persatuan Pengamal Pergigian Swasta (MPDPA) menggesa kerajaan mempercepat proses pemvaksinan Covid-19 untuk doktor gigi swasta di seluruh negara.

Gesaan itu dibuat selepas masih ramai doktor gigi yang tidak dipanggil untuk divaksin, meskipun MDPA mendakwa telah memberikan senarai doktor gigi swasta kepada pejabat kesihatan daerah lebih sebulan lalu untuk tujuan berkenaan.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih buat Jabatan Kesihatan Selangor dan penguatkuasaan pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan pantas mereka terhadap permintaan kami untuk mempercepat vaksinasi terhadap doktor gigi swasta di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, ramai lagi doktor gigi swasta yang belum dipanggil untuk divaksin di negeri-negeri lain,” kata presiden MPDPA Dr P Mahendran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pihaknya bimbang keadaan itu disebabkan kementerian kesihatan sukar mengenal pasti doktor gigi swasta memandangkan mereka mendaftar untuk vaksinasi menggunakan aplikasi ‘My Sejahtera’ seperti orang awam yang lain.

“Kami juga maklum bahawa pejabat-pejabat kesihatan daerah belum lagi menerima senarai doktor gigi swasta yang berdaftar di bawah MPDPA untuk vaksinasi.

Senarai ini sudah pun dihantar lebih sebulan lalu.

“Kami harap kementerian akui bahawa penting untuk doktor gigi swasta divaksin segera memandangkan risiko yang mereka terdedah setiap hari, dan seterusnya mempercepat proses vaksinasi (untuk mereka),” katanya lagi.

Di bawah Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, doktor gigi disenaraikan di bawah kategori 2.

Mereka tersenarai di bawah kategori itu bersama pengamal perubatan am, pengamal perubatan tradisional dan komplementari, makmal swasta berdaftar, anggota keselamatan seperti polis dan tentera, guru sekolah, dan lain-lain.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan untuk meletakkan semua petugas kesihatan di bawah kategori 1 kerana mereka terdedah secara langsung dengan risiko Covid-19.

Fasa 1 program vaksinasi menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan sehingga 2 April, manakala fasa 2 pula dijadualkan berlangsung dari April sehingga Ogos, menyasarkan untuk memvaksin 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula dijadualkan berlangsung dari Mei hingga Februari 2022, menyasarkan untuk memvaksin 13.7 juta orang.

Minggu lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan mungkin akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid-19 tidak memuaskan menjelang Julai, apabila negara dijangka menerima berjuta-juta dos vaksin setiap bulan.

Setakat 5 April, sejumlah 2.34 juta rakyat atau hampir 25 peratus daripada 9.4 juta sasaran layak divaksin di bawah fasa 2 Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. moga covid cepat cepat la pergi daripada negara kita ni, penat dah nak melayannya. sebab covid ni juga la kena belajar buat video supaya lebih market

    ReplyDelete