Hukaloh... Keno Rigat, Keno Saman.. Hahahaha


Banyak pulak duit ko asyik duk bayar denda. 

SinarHarian | Seorang pemandu e-hailing yang pernah didenda RM16,000 kerana membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi dihukum RM7,000 atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Sufazrin Amin Ismail, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan M M Edwin Paramjothy.

Mahkamah turut memerintahkan Sufazrin Amin dipenjara enam bulan jika gagal membayar jumlah denda itu.

Bagaimanapun dia dilaporkan membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Sufazrin Amin selaku Orang Kena Saman (OKS), didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti orang lain menerusi aplikasi Twitter menggunakan nama profil Fazr_Ismail.

Hantaran dibuat antara jam 1.55 petang pada 6 Januari 2020 kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 8 Januari 2020 jam 4.30 petang.




Post a Comment

0 Comments