Wahyu YB Politik.. Betul Ke?

Wahyu politik.. Bagi pendapat aku, ia melibatkan arahan daripada atasan kepada atasan dan bawahan terpaksa ikut telunjuk. Kemungkinan bawahan bakal menjadi mangsa kambing hitam sekiranya wahyu tersebut dibongkar, dibocor dan diviral. 

Kalau nak meletakkan kesalahan kepada wahyu YB politik, tidak boleh disalahkan 100%. Terdapat juga kes pegawai tinggi kerajaan sendiri yang sememangnya terlibat dan melibatkan sama YB politik. 

Isu sebenar yang perlu diteliti adalah dalam memastikan setiap kontrak yang dikeluarkan atau mahu dibuat serta kuasa yang dibenarkan terhadap projek tersebut mestilah telus dan terbuka untuk dinilai dan dilihat secara telus tanpa diselindungi atau dibuat berselindung. Mungkin cara pengurusan semua kontrak kerajaan perlu diteliti dan diperhalusi untuk memastikan tiada cara untuk diselewengkan. 

AstroAwani | Campur tangan ahli politik menerusi 'wahyu' memaksa pegawai atasan untuk akur memberi kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai kepentingan.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, keengganan menurut perintah yang diberikan itu akan meletakkan pegawai berkenaan berdepan dengan bekemungkinan ditukarkan ke jabatan lain.

"Pegawai atasan takut apabila ada 'wahyu' daripada sesetangah ahli politik yang tiada berintegriti. Ada beberapa kes apabila melawan (arahan) menteri, kita (pegawai) akan ditukar dan masa depan jadi gelap" 

Mengulas lanjut, Akhbar berkata, dalam situasi itu, adalah sesuatu yang jarang dan sukar bagi mana-mana pegawai atasan untuk menolak 'wahyu' yang diterima daripada ahli politik.

"Tapi kita boleh menggunakan budi bicara menolak sesuatu yang melanggar undang-undang," katanya.

Menurutnya, tindakan tatatertib ke atas pegawai kerajaan di Malaysia juga adalah tidak begitu efektif berbanding kakitangan swasta.

Katanya, mana-mana pegawai yang dikesan tidak berintegriti hanya diturunkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain.

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya meneliti semula hukuman ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam masalah integriti termasuk mengenakan hukuman penjara seperti di Hong Kong.

Post a Comment

0 Comments