Dah Macam Kerajaan Negeri Takde Fungsi Ke?




Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat tidak akan disertai menteri besar atau ketua menteri seperti kebiasaan.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis.

Amirudin berkata, beliau telah mengesahkan kehadiran pada Rabu seperti yang diminta sebelum ini, namun pihaknya kemudiannya dimaklumkan mesyuarat berkenaan tidak akan melibatkan kehadiran menteri besar dan ketua menteri seperti sebelum ini.

"Saya telah mengesahkan kehadiran semalam seperti yang diminta, namun petang ini saya dimaklumkan mesyuarat MKN esok (Jumaat) tidak akan melibatkan menteri besar dan ketua menteri seperti sebelum ini," ciapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Khamis berkata, kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ di seluruh negara pada Mesyuarat MKN Covid-19 di Putrajaya pada Jumaat.

Katanya, mesyuarat tersebut dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua-ketua menteri dan menteri besar.

Amirudin menerusi sidang akhbar pada Rabu juga berkata, kerajaan Selangor bersedia untuk melaksanakan PKP penuh, namun pelaksanaan itu harus dilihat secara holistik dengan mengambil kira beberapa aspek.

SinarHarian

Post a Comment

8 Comments

  1. Dah namanya 'darurat'.... semuanya ke laut.

    ReplyDelete
  2. hang nk sembang apa.kerajaan pusat ada fungsi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg dimaksudkan darurat utk memerangi covid hanya retorik...ke laut!!!

      Delete
  3. Kj poyo kata kita akan mencapai herd immunity sblm pghujung tahun 2021.Bermakna dalam 25juta rakyat Malaysia.
    Tggl 6 bulan dan purata 3juta sebulan patut diberi imunisasi.
    Adakah akan tercapai atau kena kencing sekali lagi?!!!
    Dgn pelbagai alasan dan yg terbaru dikuasai oleh negara2 kaya. Habis beratus billion yg diumum pasca pandemik masa darurat hilang ke mana?!

    Kajian ttg vaksin dilakukan di sebuah daerah di Brazil di mana lebih 90% penduduk diberi vaksin sinovac kehidupan mrk telah kembali normal. Tanpa sakit yg teruk dan kematian.

    Maka malaysia perlu mencapai sekurang2nya 80% herd immunity sblm 2022.

    Selepas itu nak buka kasino, pub, kilang, sekolah atau pintu negara(kpd pelancung yg dh divaksin).... BUKALAH!!!

    Jika ada syarikat multinasional, hospital swasta, kerajaan negeri yg mampu membeli vaksin utk rakyat.... BENARKAN!!!!

    JANGAN POYO, JANGAN EGO, JANGAN KOYAK DEMI RAKYAT!!!!

    KO BELUM RASA WARIS KO JADI KORBAN!!!!!

    ReplyDelete
  4. Vaksin astra dan sinovac dalam $4dollar satu dos berbanding $20dollar utk bio.
    Jika 2 dos utk seorg rakyat dlm rm50 jika beli dari pengeluar yg murah. Korbankan tak sampai rm2billion mungkin herd immunity boleh dicapai.
    Ini pengiraan dari rakyat yg gagal sifir..kihkihkih

    ReplyDelete
  5. Nk suruh PN memerintah lg ka?? Apa strategi pun xde. Suma nk letak kat bahu Dr noor hisham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kp kkm...
      Yg mangkuk adalah yg tak reti baca data kkm. Ada kuasa tapi tak reti nak mggunakan kuasa demi rakyat.
      Slps pru15 semoga mangkuk2 ini terkubur.

      Delete
  6. Syor dan cadangan kpd kkm.
    Harap peta negara yg menunjukkan kadar jangkitan covid19 harian turut memasukkan jumlah negeri dengan jumlah imunisasi terkini.

    ReplyDelete