Boleh pulak nak tuntut syarikat swasta tu tampil. Kalau tak tampil macam mana? Tersengih dengan mata sepet ker. Takkanlah sebelum keluar statement tu takde jumpa dengan owner syarikat tu. Takkan berurusan dengan PA dia jer.
Kalau betul syarikat tu nak derma khas untuk penang, pergi jela jumpa KJ. Ikut saluran betul. Ikut prosedur yang dikeluarkan KKM. Nanti diaorang uruskanlah untuk rakyat penang tu.
DAP dan ketandusan idea politik ker.
Ini selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) Khairy Jamaluddin mendakwa syarikat itu sama sekali tidak wujud.
Pada satu kenyataan hari ini, ketua menteri Pulau Pinang berkata tuduhan itu serius, justeru pengarah dan syarikat terbabit perlu tampil untuk menolak tuduhan tersebut.
"Kerajaan Negeri dengan ini memohon supaya syarikat terbabit untuk memberi penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti yang berkaitan demi membersihkan nama serta imej mereka," katanya.
Chow menjelaskan ketika menerima tawaran vaksin melalui surat bertarikh 1 Februari, kerajaan negeri telah meminta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
"Pada 12 Mac 2021, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM telah memberi jawapan kepada Kerajaan Pulau Pinang bahawa adalah tidak perlu menimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana Kerajaan Persekutuan telahpun merangka dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
"Pandangan Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah langsung tidak menyentuh tentang isu status syarikat tersebut.
"Kerajaan Pulau Pinang dengan ini tidak berupaya menyusuli perkara ini kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat berkenaan untuk membolehkan mereka meneruskan rundingan dengan pihak pengeluar vaksin," katanya lagi.
Jelas Chow tawaran vaksin ini dibangkitkan semula pada 18 Mei 2021 apabila pihaknya mempersoalkan mengapa KKM tidak dapat memberi perakuan untuk Kerajaan Pulau Pinang sedangkan negeri Sarawak dan Selangor dilaporkan membeli vaksin untuk kegunaan negeri masing-masing.
Terdahulu Khairy berkata tawaran daripada syarikat yang tidak wujud itu tidak sahih.
Menurut menteri itu, pihaknya telah berhubung dengan Sinovac Biotech Ltd di China, yang telah mengesahkan tiada apa-apa bukti dan permohonan diterima oleh wakil syarikat tersebut, berhubung sumbangan yang dimaksudkan.
Katanya, berdasarkan surat yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 1 Feb 2021 yang ditulis oleh Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, sumbangan tersebut adalah dalam bentuk pembayaran kepada pihak Sinovac Biotech untuk kos vaksin sebanyak dua juta dos.
“Penulis surat ini telah memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia dan merupakan pengarah urusan syarikat Xintai Development Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong.
“Dalam surat ini disebut bahawa penulis surat itu akan bayar deposit AS$2 juta sekiranya Pulau Pinang setuju dan individu tersebut juga telah berhubung dengan pihak Sinovac Biotech melalui pegawai jualan antarabangsa iaitu Coco Chang,” katanya.
Wanita yang dinamakan sebagai pegawai jualan antarabangsa tersebut, jelas Khairy lagi telah mengesahkan dia tidak menguruskan pasaran Asia dan menafikan dihubungi berkaitan sumbangan yang dimaksudkan.
Khairy juga berkata, pihaknya juga pernah menerima surat dari penulis yang sama pada 9 Feb 2021 atas tujuan sumbangan vaksin sebanyak dua juta dos, kepada Kerajaan Negeri Sabah.
“Apabila kita menerima surat ini, kakitangan saya merujuk kepada pihak Sinovac dan mendapati bahawa tawaran ini tidak betul.
"Ini satu ‘scam’, ini satu penipuan. Jangan politikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan ‘scam’ ini.
“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menderma vaksin, tapi mesti melalui saluran yang betul. Vaksin adalah barang kawalan dan ia tidak mudah untuk dibeli dan diimport. Ini bukan seperti membeli ‘t-shirt’ di Shopee,” katanya.
Khairy berkata pihaknya akan meminta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), untuk membuat laporan polis berkenaan individu yang tidak diketahui identiti ini.
8 Comments
Bila kerajaan selangor bercadang nak beli sendiri vaksin lalu koyak hati si poyo mata stim tu. Siap membalas ciapan dgn mengatakan dia akan buat lebih pantas dari kerajaan negeri selangor.
ReplyDeleteOrg bukan nak berlawan cuma nak memudahkan.
Klu ikut peratusan dan jumlah mingguan dan bulanan vaksinasi kebangsaan....5 tahun tak habis lagi wahai kj poyo hati koyak!!!
Mana yg ko sebut lebih pantas??!!!
Inilah dia bakal peeM yg disebut2 langsung tak boleh ditegur, tak boleh diberi cdgn serta pandangan. Hanya ikut kepala dan hati dia jer. Baru dikutip jadi menteri belum lagi ada kuasa penuh. Ntah bagaimana lagaknya?!!
Ego tapi ada tongongnya juga. Sanggup jadi jurucakap pelaku video hd. Nampak sangat penjilat tegar. Nampak sangat tak ikhlas.
Semoga ko jadi tongong selamanya....
Pxkxmak kj tu. Biarlah mana-mana kerajaan negeri atau syarikat membantu menyelamatkan rakyat di negara ini. Mereka nak beli vaksin dari mana-mana pembekal yang diikhtiraf patut dialu-alukan dan jangan dipolitikkan.
ReplyDeleteInilah yang berlaku bila parlimen digantung dan silembab bodo rasa dia hebat sangat. Semua nak dipolitikkan. Memang layak ko keja bawah mahiadin dan si Sxmbxrxt.
Ternyata ko lembab dan tak layak mengurus dan membela nasib rakyat.
Nampak ko syok sendiri. Stupid moron!
Kj kena terima hakikat pemberian vaksin c19 dalam negara kita adalah yang paling lembab.
ReplyDeleteTak perlu ditegakkan benang yang basah dan harus terima hakikat.
Sepatutnya dia buang sikap sombong ego dan berlagak serta jangan lekas meroyan bila dipersoalkan oleh rakyat atau ada kerajaan negeri mahupun syarikat persendirian mahupun multinasional(jika ada) yang ingin membantu rakyat dan negara.
Letak politik dan ego tu jauh-jauh dan sama-sama fikir dengan nasib rakyat sekarang. Rakyat dah letih. Dulu keyakinan kami cukup tinggi agar pengisytiharan darurat mampu menurunkan kadar penyakit dan kematian. Tapi sebaliknya berlaku. Rasa kena kencing.
Ingatkan negara israhell mudah koyak..
DeleteKJ pun mudah koyak..
Ingat..jangan letak sihati koyak ni sebagai pemimpin. Berhujah nampak hebat tapi cepat koyak.
Ramai lagi pemimpin yang tenang dan tidak mudah meroyan.
Dia ni sama dengan sad sadick dan abang non. Mudah koyak dan melenting.
Yang mudah koyak ni akalnya pendek. Apa yang ada dalam tempurung kepala lutut mereka itulah isi yang keluar dari mulut.
Dlm tv bukan promosi rakyat suh amik vaksin. Bila rakyat tanya mana vaksin, ckp vaksin blm smpi.
ReplyDeleteCam haramm !!!
Mcm mana nak capai herd immunity jika mcm nie. Pm mahiadin pulak sedang menyalahkan negara kaya.
DeleteKj pulak yakin dgn idea nya akan mencapai sasaran tapi dah beberapa bulan masih lembab.
Negeri selangor nak beli vaksin, kj dah balas kenyataan yg dia dpt buat lebih pantas dari negeri selangor.
Korang tak pernah berbincang ker?
Atau hayat korang bergantung pada darurat dan status pandemik yg makin mencanak?
Sial lah korang!!!
Tak ada nampak sanitasi awam secara besar-besaran walapun kes mencanak. Mungkin mak lampir dah koma.
ReplyDeletesekarang masing2 nak tunjuk hebat tapi masa ada kuasa dulu tak habis2 berkelahi masing2 nak tunjuk hebat habuk saja yang ada, ikutlah procedure
ReplyDeletejangan masih lagi tunjuk hebat bukannya sekarang ni