Jaga Perut Rakyat Atau Jaga Perut Kayangan?

Hari ini PM mengumumkan PKP yang sepatutnya tamat esok akan diteruskan sehingga kes jangkitan kurang 4,000 sehari.  PM juga berkata akan mengumumkan bantuan kepada semua kumpulan sasar esok atau lusa.

Teruslah sambung PKP jika itu baik untuk rakyat dan negara, tetapi kerajaan perlu mengambil tindakan adil dan segera kepada lima perkara berikut.

Pertama, percepatkan proses vaksin rakyat.  Setakat ini kita telah mempunyai 728,462 jumlah kes dengan 60,646 kes aktif.   Kes kematian pun sudah 4,884, hampir mencecah 5 ribu orang.  Sedihya, bilangan rakyat yang sudah divaksin setakat dua hari lepas hanyalah 6.8 juta orang sahaja.  Daripada jumlah itu, 4,924,334 orang (15.1%) telah mendapatkan suntikan dos pertama, dan 1,898,770 lagi (5.8%) lengkap dengan kedua-dua dos.  Dengan kadar negara lain sudah melebihi 50% yang telah divaksin, percepatkan proses vaksinasi ini.

Kedua, laksanakan SOP dengan adil kepada semua orang. Jangan lagi ada SOP kayangan dan marhaen. Kita tahu ada kes orang kayangan melanggar SOP, proses mendendanya, jika ada, mengambil masa yang lama.  Perlu arahan Peguam Negara terlebih dahulu. Jika rakyat biasa terus saman dengan jumlah yang tidak konsisten.  

Di Britain, menteri kesihatannya, Matt Hancock meletak jawatan kerana melanggar ‘lock down’ setelah media menyiarkan gambarnya memeluk seorang wanita. Di Malaysia, sukar untuk hal ini berlaku.

Ketiga, SOP perlu jelas dan standard.  Hapuskan semua SOP yang mengelirukan penguat kuasa.  Begitu juga dengan dendanya, perlu jelas dan adil.

Keempat, segerakan bantuan kepada rakyat yang terkesan supaya mereka tidak tertekan berat sehingga mengambil keputusan di luar kewarasan. Kita tahukan kadar orang yang terjun bangunan dan jambatan sekarang? Apa lagi faktornya jika tidak kerana tekanan perasaan dan kewangan.

Kelima, jaga perut rakyat. Ini paling penting. Rakyat tidak ke jalanan jika sekadar marah dan kecewa dengan kerajaan. Tetapi sekali perut mereka lapar, inilah yang mendorong kebangkitan mereka.  Kejayaan reformasi Indonesia pada tahun 1998 adalah kerana rakyat kelaparan.  Di Tunisia, anak muda Mohammed Bouazizi membakar diri pada pertengahan Disember 2010 kerana perniagaan sayurnya diganggu pihak berkuasa. Kesulitan hidup inilah juga yang merupakan faktor merebaknya kebangkitan Arab sehingga ke Mesir dan Libya.

Akhirnya, pesan saya sederhana: Kerajaan jagalah rakyat kita ini. Mereka menangis sekarang.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kena cari menteri yg betul2 jujur nak bantu rakyat dan bukan yg nak popular atau hanya nak berkuasa.
    Program imunisasi kita masih jauh utk mencapai komuniti kelompok.
    Sistem mysejahtera yg mahal tapi kelihatan lembab.

    Bila melibatkan nyawa semua org akan stress. Menteri pula asyik menyalahkan org lain bila keperluan vaksin kurang. Hentam keromo menyalahkan pihak tertentu. Akhirnya kena hentam balik. Sebab itulah agak sukar mempercayai manusia yg nampak hebat bila berhujah tapi lembab dalam pengurusan. Suka menonjol dan menyalahkan org lain.
    Kita perlu org yg berkebolehan dalam mengurus pesanan vaksin dan mempunyai pengalaman diplomasi yg bijak dgn negara luar. Bukannya manusia semberono.
    Cukuplah sejarah kita diboikot hasil sawit oleh negara pembeli utama bila otai tua politik cuba mengecam negara besar konon nak dilihat sebagai harimau asia di mata rakyat. Jangan ada lagi pemimpin bangang sebegitu.

    Akhir sekali...percepatkan program vaksinasi negara dan berilah bantuan sebaiknya kepada rakyat yg benar2 memerlukan. Bila melibatkan nyawa dan kesusahan diri dan keluarga...pelbagai perkara negatif akan berlaku.
    Tak perlulah menunjuk makan mee maggi kerana perbuatan tersebut seolah2 menghina kehidupan sebenar rakyat sekarang. Jam yg melilit ditangan ketika makan mampu menampung kehidupan rakyat utk beberapa bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah berlaku, ramai yg sebelum ni sembang lebat. Sekarang menikus.

      Delete
    2. Ntah...jurucakap EU kata dh sumbang 5juta dos vaksin ke negara kita.
      Adakah spin mereka untuk mengelak dipersalahkan oleh rakyat?

      Delete
  2. Tukar kerajaan segera. Dah terbukti PN gagal!

    ReplyDelete
  3. baru tadi tonton perlawanan bola sepak antara netherlands(belanda) dengan czechoslovaki yang diadakan di Ferenc Puskás Stadium Budapest, they really got the number apa tidak stadium penuh, dan kita pun berharap juga we got the number pastikan masjid2 dan surau2 di malaysia penuh menjelang hari raya korban insya allah, kenalah korban pasti sop dipatuhi dan kita jaga kita dan lupa mengharapkan pertolongan allah, jangan asyik2 penyalahi itu tak betul ini tak betul tiada langsung memberi sumbangan untuk melawan covid cakap saja bagai tong sampah, jangan anggap ini perkara mudah kerana melibatkan negara dan rakyat 32 juta orang untuk dijaga.
    yang dipertuan agong baru bertitah segera perlimen bersidang dan tumpu pada masalah covid, masalah rakyat dan ekonomi, dan kesan2 lockdown terhadap negara dan rakyat, belum lagi bersidang sudah ada kedengaran beberapa puak sudah melaung sana sini we got the number(lain pula bunyinya), bukannya hendak menyanyut titah tuanku, tapi memburukkan lagi keadaan negara, bukan salah ibu yang mengandungkan tapi salahkan diri sendiri sebab bila kita tunjuk(satu jari saja) tapi yang empat jari itu tuju ke diri sendiri, sama2lah kita kerjasama dan pastikan kita telah divaksin,
    tertanya2 juga dulu ada terbaca( dalam tahun ni juga) 50 senarai orang2 terkaya dimalaysia, ada sesiapa ada terdengar berita tentang mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat mcm mana.. Kerajaan minoriti.. Mcm tu lah jadinya.. Nak taknak, vaksin kena pcepat dan bubar parlimen. Dpt mandat baru. Hrp ada lah parti dpt majoriti..

      Nampak mcm takde. Golongan atas pagar dah benci semua parti politik. Hmmmm...

      Delete