Agong dah zahirkan supaya parlimen dibuka, majlis raja-raja pun dah bersuara. Tapi pentadbiran PN masih berdegil. Takkan korang nak cipta sejarah kena rampasan kuasa tentera. Malu derr kalau sampai tahap tu berlaku.
Naik jadi kerajaan pun sebab tikam menikam. Mood rakyat selepas tu, segar seolah menanti idea dan tindakan daripada parti banyak sembang.. PAS .. Hakikat, mereka semua hanya lebih buih daripada mulut berkata-kata.
Agong telah memberi perkenan untuk darurat diadakan dengan harapan kerajaan akan menggunakan segala jentera yang ada tanpa batas untuk memastikan covid19 terjaga. Tapi lain berlaku, si kopiah sibuk melanggar SOP, kayangan selamba langgar SOP. Yang ditahan, didenda.. Netizen.
Paling ganas, masjid pun disaman bila PAS dalam kerajaan.
Buka parlimen dan bincangkan isu covid19, rakyat semakin tertekan sampai ada yang bunuh diri. Dalam darurat, tiada masalah untuk parlimen bersidang.
Bajet jatuhkan PH, dah bagus. Hakikatnya.. Hampehhh.
Malaysiakini | Yang di-Pertuan Agong telah meminta Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Rais Yatim untuk menghadap.
Rais mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Selasa depan (29 Jun).
Free Malaysia Today mengesahkan jemputan dengan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Shamsuddin malam ini.
Portal berita The Vibes sebelumnya memetik sumber yang mengatakan bahawa pertemuan itu kemungkinan berhubung pembukaan parlimen.
Perkembangan ini hadir ketika Perikatan Nasional dikritik kerana hanya akan membuka parlimen paling awal pada Ogos, meski Agong menzahirkan pandangan agar sidang parlimen dimulakan dengan segera.
Majlis Raja-Raja juga sebelum ini telah mendesak agar sidang parlimen diadakan segera.
Semalam, Azizan dan Rais mencadangkan agar persidangan hibrid parlimen diadakan pada akhir Ogos atau awal September.
Menurut Peguam Negara, Idrus Harun, terpulang kepada kabinet menasihati Agong tentang tarikh sidang parlimen.
Parlimen telah digantung sejak 11 Jan apabila darurat berkuat kuasa.
3 Comments
yang sudah jatuh itu semua atas perbuatan sendiri baik individu, parti atau pemerentah tapi masih tak sedar diri masih menyalahkan orang lain pengkhianat, merampas, menguling dan macam2 yang tidak menggunakan kesempatan yang sudah diberi mandat olih rakyat dengan baik( tak sebut disini semua dah tahu sebab dan musababnya), diatas pekenan yang dipertuan agong ruang yang kosong yang ditinggalkan mesti diisi dengan segera jika tidak akan memberi akibat yang besar terhadap kedaulatan dan keselamatan negara dan rakyat dan juga ekonomi, sepatutnya bersyukur satu peralihan yang lancar dan aman yang tiada tindas menindas dan majoriti setuju atas peralihan itu dan tiada pun satu bantahan dibuat, itulah harapan yang ada pada yang dipertuan agong agar semua bekerja sama untuk negara agama dan rakyat bukan kepentingan individu atau parti
ReplyDeleteSo? Buka parlimen.
Delete#memangagal apabila mengkhianat. Khianat blh runtuhkan negara dan agama.
ReplyDelete